Jun 29, 2013

Start Typing.

Assalamualaikum.

Today i will start typing. Writing every single moment that i kept. Miss my blog !! o_O

September 17, 2012

Pelita Di Bawah Purnama - Erema


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.



Sendiri aku menjejak bayangmu..
Berkurun lamanya kita tak bertemu..
Kau berlalu pergi..terbiar aku sendiri..
Menahan duka oh di sudut hati...


c/o:
Cinta..dengarlah rintih hatiku...
Mengharap belai dan rindu..
Yang pernah dicurah sepenuh hatimu...
Kasih..inikah yang ku rasai..
Pengorbanan tak dihargai..
Menjadi seksaan yang tidak diundang...
Oh, pedih...


Ingatkah lagi kau pernah berkata..
Aku bagai pelita di bawah purnama..
Kini malam sepi..
Tinggal hanyalah mimpi ngeri..
Mungkin cahaya menjelma semula..


Kekasih...


**ulang c/o

Sayang....oh, sayang....






September 16, 2012

Lepas Kau Buat Itu, Kau Buat Ini Pulak.


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.


Good evening u'olls. How your mood today? Petang-petang camni elok lah kalau kita pergi jogging, sambil-sambil tu buat senaman ringan. Untuk kesihatan badan kita jugak. Bila kita sihat, nak buat apa pun akan rasa bersemangat. Petua tak nak bagi nyanyuk cepat, jangan tidur petang. hehehe.


Malaysia. eh, eh, pagi tadi aku baca surat khabar kan, aku ada terbaca kan, ada penduduk felda yang nama nya tersangatlah unit kan, namanya Malaysia. err, bila aku baca cerita pasal tu, aku pandang depan dan mulut aku pun terkumat-kamit menyebut Malaysia banyak kali. (konon-konon macam aku try nak panggil kawan aku la..) Sampai aku rasa payah nak sebut Malaysia. Betul. Aku nak tergelak jugak. Tapi, itu lah keunikannya. Nama Encik Malaysia tu, satu dalam berapa billion penduduk kat Malaysia ni. Kalau sebut je Encik Malaysia, oke, aku dah boleh terbayang pun mukanya. Takyah lah aku berkerut dahi terangkat kening semua bagai nak ingat siap lah orang tu kan. ^_^


Pasal nama satu hal. Itu bukan topik utama aku. Just nak sharing each other. Yang ni aku pening. Memang lumrah lah kita ni macam suka meniru orang. Dulu kalau tengok berita di televisyen, kalau kes asyik bunuh bakar orang. Esok ada kes tu lagi. Esok. Esok. Dan seterusnya sampai lah ada kes baru. Kes yang terbaru ni, kes pecah masuk rompak mesin ATM. Tak penat ke merompak perompak-perompak oii! Dulu kau merompak kedai emas, ni kau nak merompak mesin ATM pulak. Aku pun heran macam mana lah diorang boleh terpikir nak rompak mesin ATM. Macam menyusahkan diri nak kena pakai bom lah bagai. Ada yang aku nak ketawa terkekeh-kekeh tu, sampai mesin nya pun diorang angkut sekali. Em, mungkin nak letak kat rumah kot. Incase dapat gaji je, terus masuk bilik, insert kad, follow instruction and keluar duit. Tak pun, tengah makan tiba-tiba anak mintak duit, dah time-time tu pulak duit dalam wallet dah tak de, boleh lah terus keluar kan duit sebab mesin ATM kat rumah je kan? hehe. Kes tu macam berlarutan. Minggu ni kat sini. Minggu depan kat sana pulak. Haish, lepas ni aku tak berani lagi lah nak pergi mesin ATM malam-malam keluar kan duit. -_-



Hello bro, berubah lah. Tak kemana pun merompak tu. Kau dapat 150 ribu hari ni, berapa tahun sangatlah duit tu boleh guna? 3 4 tahun, kau kena merompak lagi. Itu pun kalau kau boleh selamat, tak de dalam jail. Hey, pakcik makcik polis kita sekarang sudah hebat kau tahu. Sekejap je diorang boleh cium bau kamu semua. ^_^





Nak merompak pun kena ada style you..



err..tarik guna rantai besi? hebat sungguh kau kan dik. ingat lah mak ayah kat rumah tu adik..





p/s : picture from google image. Thanks to BH online too. Sharing is caring right? ^_^




September 15, 2012

Selamat Hari Sabtu Semua


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.


Morning u'olls!! Hari sabtu dah? kejapnya masa berlalu. kepada yang bekerja hari sabtu ni, harap bersabar. relaks relaks tenang kan minda. Jangan rasa serabut, "ish,cammane nak beraye ni hari sabtu pun kerja?" malahan jua "ala, kerja pulak hari sabtu ni..." hehehe. tak bagus ye mindset tu semua. Dah nak habis raya dah pun bro. Tarik udara fresh and buat mindset or semangat baru. ^_^


Hikhikhik..aku ni nak nasihat orang macam aku iyeiye bersemangat pergi kerja. Well, aku dah berhenti kerja dah. Dengan erti kata mudah, 3 bulan aku kerja tu just contract je. Dah habis contract boleh la bla. huhuhu. Kenapa aku cakap masa cepat berlalu? sebabnya aku kahwin hari tu 5 Mei 2012. After a week my wedding, aku dapat kerja, Alhamdulillah..rezeki masih menyebelahi. Then taptuptaptup, " owh no, my period is not coming yet!" After a week,my  pregnancy test was giving me the answer. Yes, i'll become a supper duper mummy! To support such answer, i meet the doctor and Yes, the answer is still same. Syukur Alhamdulillah. Rezeki like datang bergolek kat aku. hehehe.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu and aku dah 17 minggu dah pun. meaning that, 4 bulan seminggu. (next week, my baby progress is 18 weeks). "Ibu, masa ibu mengandung dulu, ibu mabuk teruk tak?.." Then my mummy said "owh, tak de lah teruk sangat. Masa mengandung kau masih lagi larat pergi kerja. Kulum je asam tu.." Oke, my mummy memang kuat semangat. Cuba bayangkan aku. Aku rasa bila pregnant ni rasa macam nak baring 24 jam, buat kerja pun aku cepat mengah, malas, tak bermaya, and yang seumpamanya la kan.


Aku tak sihat. hb darah rendah. berat turun memang normal but if you pergi checkup kat klinik about two weeks and berat you still sama, so agak-agak macam penimbang berat tu tipu ke.. or korang kena start mereka-reka pelbagai menu makanan untuk korang naik kan berat badan? Dulu aku, 49 kg. After pregnant jadi 44.5kg? 4.5kg aku turun? for first day come to checkup, its okay lah. but for the next checkup, aku macam gelabah ciket. takkan la berat aku tak naik langsung selama 2 minggu? Aku risau. Aku gelabah.


Buat Talasemia Test aku dah. (ececeh, cam nak jawab exam pulak). winkwinkwink ^_^ Sebab ape aku kena buat test tu? Sebab, yes! hb darah rendah. Then, aku kenalah buat test tu. until i update my blog, i still tak dapat lagi keputusannya. aku buat test tu 3 September 2012. So, aku akan pergi checkup 2 minggu lagi iaitu pada 27 September 2012. Pagi jumpa doktor check hb darah, and petang pulak aku buat scan (ultrasound actually). Tengok, berapa banyak kali aku cakap pasal hb darah? kira lah. kira lah. -_-



Nak jadi mummy memang best. Tapi nak menempuh saat getirnya tu, memang memerlukan pengorbanan macam nak jawab exam kat dewan. So, banyak-banyak lah bersabar. by the way, aku rasa tak terlambat untuk ucapkan tahniah pada kawan-kawan yang dapat continue degree. Congratulation u'olls!! (first time seumur aku tolak peluang yang aku dapat). eh,eh, aku pun dapat tawaran continue degree kat puncak perdana tau! ^_^  Maybe next time. Now, just nak focus ngan masalah kesihatan aku je. Bila cakap pasal study je, mesti aku nak nangis. So, kawan-kawan jangan cerita depan aku pasal study korang kalau aku tak tanya apa-apa. 


dulu konon-konon nak kembar. hikhik.


**p/s: To Wani and Fiza, study leklok. trying hard. berjuang oke. aku sentiasa doakan kejayaan korang. (kawan baik aku ni, teman aku nangis ngan gelak dulu..)

Ogos 01, 2012

Minggu ke-11

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.



Dah lama tak masuk ruang blog ni. Banyak yang dah berubah. ececeh, macam facebook jugak la kan.. sekarang facebook dah ade timeline. :)



So, how are you kawan-kawan. Hope semua sihat. Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan berpuasa. Jaga kesihatan, jadikan kurma sebagai pembuka selera.



Aku baru je belek-belek gambar lama masa study dulu.. Rindu sangat rasanya. Now, sebagai seorang isteri and will become super mama coming soon, aku banyak habiskan masa dengan kerja dan rumah. hehe. balik kerja bukan buat apa pun sebenarnya. Almaklumlah, saat-saat sekarang ni, badan cepat letih. Balik kerja aku dah macam tak larat nak buat apa-apa.


Please doa untuk kesihatan aku ni because 2 minggu lagi aku akan buat medical check up. Nak tengok fetus ni okay ke tak. berat badan, darah tinggi apa la bagai tu, okay ke tak.. huhu. -.-



** Dulu memang geram tengok orang pregnant sebab macam comel sangat bawak perut yang bulat tu. but now bila aku dah pregnant, baru aku tahu macam mana rasa susah nak menanggung keperitannya.