September 10, 2011

Random Seterusnya



Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


**Lamanya tak update blog kan? dah penuh ngan sawang labah-labah dah. Haha. joking.


1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


2. Jemput datang rumah lah kawan-kawan.


3. Tak sempat nak raya sangat sebab 4/9/2011 dah kena balik segamat.


4. I wish u Good Luck Syafika Shah Bani. Belajar kat UTM tu elok-elok. genyit mata ciket-ciket je kat abg senior. haha. ^_^


5. 20,23,25/9/2011 = exam. wish me luck too kawan-kawan.


Terima Kasih.

Ogos 18, 2011

Invention, Innovation and Design (IID) - UiTM Segamat, Johor.


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Alhamdullilah. Tu je kata-kata yang mampu aku luahkan lepas tamat je program Invention, Innovation and Design (IID) ni. Walaupun rezeki tak menyebelahi kami but at least we try the best introduced our project which are 'Stock Checking System and 'smart border'. For me, this is my best experience sepanjang berada di UiTM, 'Dekat diHatiku'. ececeh! Hah, dah start dah perangai riak, takbur sombong aku. haha.


This year, ramai jugak yang involve dalam participation ni. Masing-masing try untuk menunjukkan kelebihan tersendiri mencipta something yang new. interesting! Secara tak langsung sebenarnya ini jugak menyumbang kepada berkongsi idea dan pendapat atau pandangan yang dapat diterima pakai. hehe. yes! you can give any comment yang memberangsangkan. Ada jugak yang memperlekehkan. err, No! this is not memperlekehkan but 'gurau kasar.' Just that. Its okay! ^_^



Aku gelabah? Ah, dah tentu lah. Itu kan aku! hehe. kalau bab-bab nak present ke, bercakap kat public ke..memang aku malu. ish, bukan malu la. Cuma aku kurang keyakinan diri nak bercakap je. haha ! owh, tapi bagi nasihat kat orang memang terbaik wookkk! especially bagi nasihat kat mak aku. terbalik konsep ek? anak bagi nasihat kat mak? but ni bukannya impossible kan? haha! Namun, finally aku berjaya jugak gagahkan diri, semangat, ape je yang berkaitan tu untuk explain kat orang about our project. horrayy! bukan payah pun. kau cakap je. agak-agak orang tu tak tau tapi diorang will say "Ooo.." or just anggukkan kepala diorang tanda faham but tak paham sebenarnya, Macam aku la. ada booth yang buat project robot. Eeleh, gua ni masa sekolah menengah amik jurusan akaun je beb! then continue diploma amik kos Information Management. So, korang ingat gua tahu ke bila diorang explain pasal guna wire tu la, tenaga ni, berapa banyak guna skru ke. hah, confirm la tak kan. Memang nob sangat pasal mekatronik ni but gua just angguk-angguk kepala je bajet faham. hukhuk. -_-



Untuk semalam and hari ini, memang best sangat. thanks to my group member : Wani Zambri, Fiza Ibrahim and Azah Adnan sebab invited aku join IID ni. hehe. I love them damn much! ^_^ Gambar aku upload coming soon okay!.



Ogos 11, 2011

Random##



Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Sekarang tengah layan lagu hindustan. amacam? Nak join? Meh-meh join saya nyanyi lagu hindustan kuat-kuat sambil menari. ^^ Entire ni tak de title. So, aku macam sukati hati je nak tulis ape. Macam ni, tadi aku ada bukak la gambar-gambar lama yang aku simpan dalam pendrive. ececeh..mana tau aku ada tersimpan gambar-gambar boyfriend lama ke..nanti tak de lah En. Ghafar boleh tengok kan? kan? Ini sangat bijak! haha ^^ tipu je. haha



Mari tengok.........***




**Ini aku rasa dah macam seorang mummy yang sangat penyayang..**
(^^,)




**Kalau tengok gambar dah tahu edit kan??**
kalau gambar betul sumpah buruk muka aku. haha





**Err..dah macam budak net je aku tengok gambar ni..**
kadang-kadang tujuan aku jugak tak nak tunjuk gambar-gambar lama
kat En.Ghafar. confirm beliau gelak. -_-





**Before nak pergi exam...**






**Nampak sangat aku tak biasa pegang kucing..**
oke, Betul. Aku takut kucing. -_-
Ini tak lawak.




p/s: Nanti saya update gambar lain oke. gud nite ^^,

Ogos 08, 2011

Suka Kucing Tandanya Penyayang.



Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Miow. Mioww.. ececeh...Mula-mula dah perkenalkan bunyi manja kucing. Kucing ni manja sangat, suka dibelai dan sayang sangat tuannya. Kucing pun ada pelbagai jenis jugak. Kucing Siam? Ya, sangat comel dengan bulu-bulu nya yang kembang tu. ahaha. Aku takut kucing. Dulu la. Sekarang tak. Eh, sekarang takut lagi tapi kucing yang dewasa. Kiranya kalau yang baby-baby lagi tu, auwww..sukanya aku nak pegang.


Alkisahnya begini. Kawan aku si Merah Adnan amat taksub dengan kucing. kau campak lah kucing ape pun kat dia, confirm dia amik nak dibuat teman. haha. Dan suatu hari dia jumpa seekor kucing yang diberi nama Noneng. Aku tak lah rasa unik nama tu lain lah kalau dia bagi nama tu Abu ke..Ahmad ke.. ye-ye..aku kene pelik. tapi nama Noneng tu sesuai la dengan bulu kucing tu yang bewarna kuning keemasan. haha. hyperbola dah ni. Jadi, aku pun suka lah bermain-main dengan kucing tu sebab aktif nye kucing aku tak boleh cakap. ade je benda yang nak dibuat, dimain, and whatsoever....^^


Tapi kucing tu dah mati..aku rindu noneng..huhuhu. Ini sedih sebab aku tak takut kucing sebab Noneng ni lah..-_-




Orang cakap bila kita suka kucing tandanya penyayang. Oke. Maksudnya kalau aku tak berapa suka kucing tandanya aku ni bersikap kasar? bukan penyayang? haha. Gila ah camni. wooo..nak nangis ah camni..lepas ni kalau nak orang cakap aku penyayang, aku kena bela kucing banyak-banyak pastu tayang kat orang, post gambar kucing kat facebook la eh.. Ini sememangnya tak adil. Pernah tak boyfriend korang cakap " Eh, you ni manja lah macam kucing I si Comel yang kat rumah tu.." Nak bagi penampar boleh? hehe. tak elok lah weyh bandingkan girlfriend korang dengan kucing. Gurau.










**nak satu camni..**




**Camni lah lebih kurang Noneng**




**comel sungguh**




**picture from google images**





Ogos 06, 2011

Berkuah itu Sedap..


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Kalau bulan puasa memang suka teringat pelbagai jenis makanan. Daripada makanan yang kau suka sampai lah ke makanan yang buat kau %%##&*^%%$. Lepas tu mula la kau dah berangan daripada pagi lagi ape juadah kau nak beli kat bazar atau ape yang kau nak masak petang nanti. hakhak.


Sekarang tekak aku memang teringin giler nak makan Bihun Tomyam kat Restoran Johnny. Aku memang suka sangat bihun tomyam kat situ sebab rasa nya memang kaww.. auuww! sekali makan mesti nak lagi. Dah lepas bihun tomyam, aku teringat pulak laksa yang ibu aku buat. cepat-cepat, ape lagi aku nak makan ye? hehe. Tapi malangnya aku kat segamat ni terpaksa makan ape yang ada. hah, hamik kau makan ikan keli setiap hari. Aku mula makan ikan keli sejak aku belajar kat Segamat ni sebab kat rumah, ibu tak makan ikan tu. So, beliau tak pernah masakkan pun. hehe. Itupun kawan aku yang suruh aku makan. Then aku cuba then ikan tu pun jadi favourite aku. hakhak.



Lagi aku berasa takut dan gentar, tunang aku ni hah. Beliau dah bagi ura-ura nak bagi jugak aku makan durian. Oh no! Durian? aku bukan nak bangga tapi aku memang rasa noob sangat sebab tak makan durian raja segala buah tu. Durian tak makan tapi tempoyak memang favourite aku. auuww! terliur bila cakap pasal tempoyak tau. padahal tempoyak tu daripada durian. Loser. hahaha..



Dah merepek dah aku bercakap ni. Daripada aku nak bercakap pasal bihun tomyam yang berkuah tu, aku dah melalut sampai ke tempoyak. Ape nak buat, aku memang suka membebel walaupun aku tak pernah makan B****t ayam. hahahahaha.





Ni Restoran Johnny. Saat perkenalan dulu memang selalu makan kat restoran ni
di J.Jusco Bukit Raja.




******




say "No" to Durian!!
oke. saya je cakap.





yang ni. say "YES"!!
yum..yum..



p/s: images from google image. TQVM. hikhik.

Ogos 03, 2011

Pernah Kau Rasa Susah Cari Duit?


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Ramadhan untuk umat Islam seluruh negara. Semoga kita dapat meningkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Amin. ecececeh, cukup-cukup aku tak nak keluarkan kata-kata berunsurkan nasihat lagi. haha. Berdasarkan entire aku kali ni, bila bulan Ramadhan aku rasa bulan yang aku dapat la jimatkan duit sikit. sikit,tak banyak. Tapi kadang-kadang orang cakap bulan puasa ni nafsu makan kuat. cubalah kau pergi pasar tu kan, habis deretan pasar dari depan ke belakang kau nak singgah. Dah kau singgah confirm lah kau belikan. Jadi, tak yah nak salahkan syaitan pulak time-time puasa ni sebab makhluk terkutuk tu semua dah kena ikat. hehehe.


Kadang-kadang hidup tak ada duit ni memang menyusahkan. Yelah, nanti kau nak beli apa semua kena tertunda. Bulan ni kau beli yang ni dulu. Bulan depan kau beli yang tu pulak. Ni nak cerita tentang aku pulak. Masa kecik-kecik dulu aku memang tak reti makna tak ada duit. Nak tu nak ini. macam-macam aku nak. Bila ibu cakap tak ada duit nanti aku merajuk sampai tak mahu makan jebik muka bagai sampailah aku dapat, baru aku hoorrayy-hoorrayy!! haha..


Bila dah masuk universiti ni, aku tak lah sepandai tupai tu untuk dapat scholarship. jadi aku buatlah pinjaman PTPTN. Bila dah ada duit sendiri, aku tak lah susah-susah mintak ibu ayah duit. Jangan kau ingat cukup la. setiap akhir sem aku terpaksa mengemis mintak ibu ayah duit jugak untuk tampung hidup aku yang hanya beberapa minggu je lagi untuk cuti. Jadinya, bila dah cuti, tak perlu susah-susah kawan-kawan nak bazir kredit mesej aku ajak keluar tengok movie makan-makan jalan-jalan sebab poket aku ada nombor '0'. Ini memang sedih. -_-


Kesimpulannya, aku rasa tak ada duit memang satu pengalaman yang perit,pahit semua benda yang kau rasa jelik tu, benar. Jadi sekarang bila adik-adik aku mintak ibu aku macam-macam kalau pergi shopping kompleks beli barang memang aku rasa nak bagi penampar sekali dua lepas tu aku tinggal je kat situ tanpa bagi muka kesian. Kejam kan aku? hahaha. Tipu tu semua. Aku tak nak bangga kat sini. sebenarnya kalau adik-adik aku pujuk rayu aku mintak macam-macam aku turutkan jugak sebab aku ni baik hati lagi penyayang terhadap kanak-kanak. Tewas. -_-





Malu posing cam ni..



aku pakai payung walaupun tak hujan?




ini kalau tengok time bulan puasa ni memang tak tahan. hehe




ini dari secret recipe. Mari-mari.



lagi kek coklat.




ini memang idaman aku. boleh dapat? haha




ini lagi.


Ini si Gedik. haha.






Julai 27, 2011

Taiping di musim cuti pertengahan semester.

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.

Wooww!! dah lama sangat aku tak update blog. Dah penuh dengan sarang labah-labah mahupun sarang tikus tambah pulak berhabuk. hahaha. (Ini dah macam conclusion untuk rumah yang tak dibersihkan.) Oke. Kita bukan nak cakap bende yang merepek ni. Seminngu yang lepas, aku dah start mid sem break. Tak yah nak rasa aku enjoy sakan sebab dalam beberapa hari tu aku terpaksa angkat kaki ke Taiping. Yup!! Taiping. dengan aku drive sendiri dari selangor ke Taiping tu, korang percaya tak? Rela tak rela korang kena percaya jugak sebab aku dah selamat pergi and balik. teeheee..


Alolo.. Encik Abdul Ghafar, thanks sebab sudi memberi kereta kesayangan anda kepada tunang tercinta ni untuk merayau-rayau di kota Taiping. err, tak. betul.(walaupun hati separuh rela kot) saya buat research di sana. hehe.



Oke. macam biasa. Gambar sebagai bukti. hehe.



















































p/s: thanks pada Mia Amir, Wani Zambri, Fieza Ibrahim, Wan Daud and Afif Firdaus. Hepi ngan Research and holiday kita. Tehehee.. Yahoooo!

Julai 14, 2011

Tahniah Kak Teh - 10/07/2011

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Dulu yang bertunang aku. Sekarang yang bertunang bakal kakak ipar aku. Alhamdulilah, pada 10.07.2011 majlis berjalan dengan lancar. err, turut serta majlis cukur jambul anak lelaki Kak Ndak. Hantaran warna ungu baju warna biru. Lawa kau tau. Ececeh, bila tengok kak teh sarung cincin, teringat time aku dulu. sejuk tak habis-habis tangan aku berdebar-debar macam kau nak nikah pulak masa tu kan fynaz. Haha.


Aku join sekali la majlis tu dari pagi sampai petang. Best dapat kenal family beliau dengan lebih rapat. Disebabkan majlis tu so, aku dapat la beli baju baru sebab baju kurung aku tak de warna biru. Thanks to First Lady!! excited tak excited tu aku beli baju baru untuk majlis tu. pastu balik rumah rendam basuh simpan dalam almari aku tak guna dah. Memang tak lah kan aku nak guna baju tu pergi kelas sebab aku pergi kelas memang sempoi tahap gaban punye. Hari isnin and jumaat memang wajib pakai baju kurung. So, kalau malas pun aku terpaksa gosok baju jugak. tapi kalau hari lain memang jarang la kan aku nak gosok baju. Selalunya aku akan pakai T-shirt and jeans. kesian jin seluar mereka aku pakai. Teehee..


Malas nak cakap banyak-banyak. Just tengok gambar ni untuk menggambarkan kemeriahan majlis.




introduction mesti la gambar aku kan? kan? kan?



Rombongan sampai..







19 balas 21. yang warna ungu tu dari pihak perempuan.



cincin.


sarung cincin.



Inilah dia si pujangga hati.
ipar + ipar = ?



Idea hantaran yang atas tu katanya daripada bakal adik ipar aku.



2 hari lepas aku pergi muzium untuk course aku. style sireh yang
sebegitu diperkenalkan pada zaman nenek moyang kita.
hehe.



ini gambar selingan. dua-dua cantik manis.
yang pakai baju kurung biasa tu jangan kau ingat single lagi eh.
beliau kakak ipar si bakal pengantin.
haha.


Si kecik Muhammad Afiq Zikri.
Bagus lah, sepupu aku Muhammad Afiq Fikri. haha.




p/s: gambar yang aku dapat just copy and paste daripada Facebook NurulHuda Zakaria. Ramai gambar ahli keluarga aku tak masuk kan sebab network macam siput. terima kasih. (-_-)


Julai 05, 2011

Selamat Pengantin Baru Kakak : 4 Jun 2011

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Untuk tujuan yang jelas, aku nak ucapkan selamat pengantin baru untuk sepupu yang paling aku sayangi. Mase kecik-kecik main sama-sama, asal balik kampung je aku asik nak menyelit sebelah dia, asal datang rumah kakak ku ini, dia mesti ajak aku tidur rumah dia. hah, cakap-cakap..ape je lagi aktiviti aku tak buat dengan dia. banyak kenangan tau. teehee..

But now, beliau dah jadi wife orang. kiteorang masing-masing da dewasa (ececeh..) ni baru nak update blog untuk wish selamat kat beliau. gambar baru dapat so aku terpaksa tunda update. Kakak, semoga berbahagia di samping orang tersayang ye. Tabah menghadapi dugaan. Semoga success okeyh..^_^



this is my new cousin. we call him, abang dyn.



untung dapat jadi pengapit kejap. sebab secara tak
langsung cameramen tibe-tibe suruh korang
join amik gambar. LOL!









family aku memang kecik. tapi bila pandang lagi sekali
macam ramai jugak. hehe




Tunang aku pun join sekali tau. sentiasa disisi la katakan. ^_^















see.. aku dah bagitau tadi. gambar pengapit mesti terselit jugak. Haha.




This is my cousins. yang budak lelaki 2 orang ni aku malas nak jelaskan.
Mau tak nye. kat mana kamera, kat situ la diaorang. ;p



kan yang dalam ramai-ramai tu mak usu aku tak de.
Ni gambar beliau and husband.



Selamat berbahagia kakak!! ^_^
tambah-tambah lagi anak sedara aku..




Ini adik-beradik beliau. Eh,perempuan yang duduk tu wife abang beliau.




p/s: Turn aku, next year. Amin. hehe.