Mac 31, 2011

UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN


Salam sejahtera and Assalamualaikum..


Siapa yang kat dalam hidup nye tak de moto mahupun visi atau lebih dikenali ngan cita-cita??.. of course la semua ada kan..sedangkan seekor harimau pun mempunyai visi tersendiri iaitu dia perlu berusaha memburu haiwan lain untuk makan..kalau tak akan mati kebuluran..tapi jangan la ikut perangai negatifnya iaitu harimau sanggup makan kawan sendiri..eh2,maksudnye..harimau tu kan haiwan..so,dia kene cari haiwan lain untuk makan..haiwan + haiwan = kawan la kan?? okeyh, maaf! tak de kene mengene nak sebut pasal haiwan! tehee..



Tadi fynaz pergi program di masjid (maybe beberapa kali dalam 1 semester) untuk solat hajat..eh2,silap..ade program solat hajat dan bacaan yasin..after solat isyak cam biase, tak afdal kalau tak de motivasi sebab da nak exam ni..student perlu diinsafkan dengan pelbagai motivasi..hahaha !


So, untuk memotivate kan diri sendiri..fynaz nak remind back ape yang ustaz tadi sampaikan..ehem...ehem..(batuk-batuk kejap)..



untuk mencapai kecemerlangan:


1- Kita mestilah beriman..(surah dah tak ingat. nampak sangat tak salin note.)

2- Fokus juga merupakan satu kepentingan - study kene fokus. jangan datang kelas sebab terpaksa. tapi kalau fynaz lain pulak. nak datang kelas tapi terpaksa tak pergi sebab kelas asyik cancel. hahaha ! mereng-mereng.

3- Prihatin - maksud prihatin kat sini contohnye yang senior tak kedekut ilmu ngan junior. masin-masing perlu berkongsi ilmu. tapi bab gua ni lain. tak pernah pun mintak senior ilmu diorang ! LOL! belagak tak belagak gua ni kan?? (eh2,da tukar kata ganti diri pulak)

4- Menjaga perhubungan - ni memang gua suka nak bagi contoh. sape-sape yang ade couple-couple kat luar tu hah, tak yah la nak berkepit 24 jam cam ko sorang je ade couple. orang lain tak de. yang perempuan pulak, jaga lah kehormatan diri anda. (lebih kurang cam ni lah contoh ustaz tu bagi) pasti!

5- Menjaga solat. ceh, jangan ingat bila ko da solat cukup lima waktu bagai siap dengan solat sunat sekali dah tergolong dalam orang yang beriman. kalau solat tak khusyuk ditambah pulak nak tunjuk kat kawan yang ko ni alim lagi baik. lupakan tentang IMAN!


Orite-orite..ni lah tip-tip yang telah disampaikan oleh ustaz tadi. ade 5 je yang sebenarnye ade 7 tapi maybe da fynaz da simpulkan sekali kut dalam mana-mana point. fynaz memang terus tersedar yang fynaz perlu ikut tips ni..sangat fokus mendengar tadi..teehee~


p/s: tipu. nampak sangat tak fokus sebab kalau fokus mesti masuk kan sekali ayat firman Allah yang ustaz bacakan tadi..hehehe.. ustaz tadi sangat sejuk mata memandang. FOKUS.


selain tu bace buku ni

Mac 30, 2011

GAMBAR TIADA VALUE

Sejak-sejak sekarang ni, gua memang suka edit gambar..tak kisah la gambar ape pun, gua akan edit..hehehehe..kira ni macam hobi gua la bila ade mase lapang yang terluang..(padahal assignment belambak ade hati cakap ade mase lapang) tak kisah!

horray! gua berjaya la edit beberapa gambar yang pastinya tak perlu di value kan sebagai gambar yang bole menambat hati orang..sebab gua edit ikut suka hati sendiri..wakakaka ! best kan? best kan? ceh-ceh, mana tau satu hari nanti ade orang cakap gua edit gambar cantik ala-ala photographer kan...huhhh,,bangga-bangga...teeheee~ (perasan)

Gua tak de pape nak cakap..so entri kali ni bangga ngan diri gua yang dah reti edit gambar..hahahahaha! (gelak sambil bangga lagi sekali..sila muntah kalau mahu!)


sila-sila komen...huuuu..


picture:

ni gambar majlis tunang gua..ehem..ehem.. ngee~

picture:

gambar masa lawatan MMU.. okeyh..kawan sebelah ni single lagi.. sape cepat dia dapat..teeheee~

picture:

nampak tak?? buruk kan??
fida..bila nak ajar aku edit gambar??!
haha !




p/s: perasan tak sume gambar same je??mau tak nye..gua baru tahu cam ne nak edit gambar cam ni..untuk hari ni..gambar yang di edit sume cam ni..untuk menolak kebosanan korang..3 gambar je dibenarkan upload...teeheee~



Mac 28, 2011

KALAU KEGEMBIRAAN AKHIRNYA MENGUNDANG KESEDIHAN

yahoooo!!! yes! ye..ye.. ni lah first impression bila dapat tahu akan pergi ke lawatan...
ciss,,jelas tipu sebab last entri aku cakap aku tak suka pun pergi lawatan ni...nggee~~

Pernah tak perkara ni terjadi kat korang, bila korang dah enjoy gila sakan bagai bila pergi sesuatu event and then tibe-tibe di ambang pertengahan gembira korang berlaku kesedihan yang tak dirancang???(pernah pulak orang nak rancang kesedihan??tak betul la tu..)


huuuuu...(-_-)....mesti korang rasa aku nak citer pasal ape yang jadi kat aku kan???meh la aku citer pengalaman aku..sekelip mata Allah tarik apa yang aku ada...huuuuuu....first, pergi dengar ceramah ke..seminar ke..yang seumpama dengan tu la kan...boring la gak tapi aku dapat la cikit-cikit input yang ade kat situ..agak-agak da berapa jam kat situ baru lah aku ade mood...(hehe..enjoy la konon pegi lawatan hari tu) BENAR!! aku memang ade sedikit enjoy!! horrayy!

then, lepas tu my trip terus ke kemunting beach resort kat melaka...check in bilik, pastu lepak-lepak jap. memang tak de makne kalau lepak tanpa 'bergayut' kat fon. call my hubby. call my mom. tidur jap. kul 5.30 bngun turun sebab kteorang ade aktiviti petang. Then, masa turun memng aku tinggal kan jam and cincin tap aku bawak HANDPHONE! (nampak tak aku buat huruf besar kat perkataan tu. bermakna kesedihan aku berkenaan handphone la kan!)


serius!!! SEKELIP MATA enset aku rosak sebab aku leka..dah terjerit sana-sini..amik gambar bagai mengalahkan artis yang glamour...pastu aku lupa aku letak enset dalam poket seluar!! sungguh weyh. aku tengok pantai macam aku tengok kat situ penuh sengan makanan yang lazat-lazat. jadi hilang ingatan. terus berlari-lari ke arah ombak. oppps!!! selamat la kan enset aku da berendam ngan air masin selama 10 minit. bagus tak bagus tu??? bagus kan??!! @@###//!!%*


Matilah aku!! tu enset kesayangan aku!! tunang aku bagi weyh!! huuuu..(-_-) aku tak tahu nak explain ape..aku sedih sebab aku tahu dia sedih jugak..huuuu.. sorry-sorry. aku tak sengaja. menyesal dah tak guna. aku tak tahu lah boleh repair ke tak. tapi aku tak suka pakai barang yang da rosak kalau betul boleh elok lagi. sebab aku tahu mesti enset tu akan buat hal lagi. jadi, aku berazam aku akan beli enset tu untuk hilangkan rasa bersalah aku. sumpah aku tak nak pegi pantai lagi!!!.


Aku pergi tu kan hari rabu nagn khamis kan. hari jumaat aku terus balik rumah. dipendekkan citer, hari ahad aku nak balik kampus, En. Ab ni beli kan aku the new one enset simple tapi bermakne la sangat bagi aku dalam waktu terdesak ni kan. aku appreciate sangat-sangat. tak kisah la asalkan aku boleh mesej and call orang. huuuuu..(-_-) love u so much!! u baik sangat kat I!!

Aku sedih ni..aku tak nak luahkan banyak-banyak. nanti aku nangis kat bilik ni tak de sape nak pujuk. malu la ngan kawan-kawan aku.



nampak tak muka bahagia ni..tak tipu kan??
nampak tak enset aku pegang tu??
enset tu la.
SONY ERICSON J220i.


my classmate!!


ni aku confius tengah khusyuk ke tak?? sebab aku peka dengan setiap
camera....hahaha !


okeyh! just nak fokus kat syawal.
sebab kat blog beliau ade gambar aku.
so sebagai ganjaran meh la aku letak gambar beliau jugak!!
LOL!


aku da cakap kan!! aku tak nak pergi pantai!
kalau pergi,make sure korang ingat kan aku.
aku bawak enset ke tak tau! huuu.(cedih lagi)


p/s: da janji tak nak cuai lagi..gud nite.

Mac 23, 2011

ENTRI ONE#

**supaya tak nampak gua ni macam tak endahkan blog gua..gua just nak luahkan isi hati je malam ni..yeehee~ esok gua akan bertolak ke Melaka atas sebab-sebab tertentu yang sangat penting yang gua WAJIB pergi walaupun hati gua meronta-ronta nak merayu supaya tak yah pergi..cett..gua kene bangun seawal jam 5.30a.m maybe?? mau tak nye..gua kene tunggu kat admin jam 6.45a.m!!!dasyhat tau tak??paling awal gua bangun jam 6.30a.m sebab bangun solat subuh then tidur balik sebab kelas gua mostly petang...(orite2..tak nak menipu lagi..gua pergi melaka bersama-sama rakan-rakan seperjuangan kerana lawatan ke MMU) hahaha ! ni adalah pengakuan yang terjujur..

**tadi gua buat penyataan yang menggelikan..gua suruh kawan-kawan facebook 'like' kalau rasa gua ni cantik !!! OMG! gua perasan??gua begitu ke?? itu tak melibatkan maruah gua tergadai bagai sebab gua nak meningkatkan keyakinan diri..~yeehee~

Mac 20, 2011

SETAHUN BERLALU

***bila ku sedar setahun dah berlalu..
***rasanya bagai hanya hari itu kali terakhir bertemu...

.......................cett...cewahhhh, etc............................................


Tanggal 19 March 2011, iaitu semalam genap lah setahun aku 'couple' ngan my boy..(xsedar status ko sekarang 'engaged') hehe...but still with him..the only one...jiwang2..

Jom2 imbas detik-detik pertemuan. Bermulanya bibit-bibit cinta. Termetrainya janji-janji setia. Lahirlah ikatan yang bakal menyatukan kita. (cepat-cepat keluarkan lagi kata-kata jiwang ko..) hahaha !


First story :
I kenal ngan Ab since I form 3 cam tu lah..kenal2 gitu je lah sebab dia jiran setaman dulu..lagipun,Ab kawan kepada kawan I kan..so, tak pernah la pulak I nak tegur-tegur dia..(bajet jual mahal. Pasti!!)


I : you,sape tu??

Kawan : kawan i la..orang panggil dia Ab..

I : hah??!nama sebenar ape??pelik nye nama??

Kawan : owh, Abdul Ghafar...memang panggil dia ab..jiran lame dulu..

I : yeke...(dalam hati : hensem la budak nya..first impression..) haha ! kantoi.


Second story :
memang tak la lepas tu aku jumpa 'budak hensem tu' kadang-kadang after balik sekolah..ceh2 bajet aku diam tanpa senyum bagai kalau nampak budak tu..(padahal segan la kan. lepas balik sekolah compen2 la muka berminyak. x lawa..) haha ! terluah kata - kata jujur di sini..


Third story :
petang tu saje je nak kuar jalan-jalan cuci mata. tengok kawan-kawan. bawak motor. then,orang 'swett'2. bajet HOT!!. senyum bangga. memang gile lah time tu kan. haha ! rezeki murah cikit petang tu, jumpa 'budak senyum cam gula' lagi. hehe..kali ni kuatkan semangat balas senyuman. yess!! berjaya. first time..bangga2. teehee~


forth story :
lepas tu jarang nampak budak tu..huuu..cedih2..dah habis SPM aku kerja pastu tak nampak dia dah..tapi tak berapa kisah sangat sebab aku tak berapa rapat pun..yela,tegur cakap-cakap pun tak pernah..kalau nak lebel 'kawan baik' memang tak la kan. end story.


fifth story :
after 2 years, tiba-tiba Allah bagi kesempatan kat minda ni untuk teringat kat budak. (hebat ko kan??). then, aku berani kan diri untuk chatting2, comment2 gambar budak tu kat tagged. (ciss,tak sangka dapat turunkan ego tinggi) haha ! horayy2 la sebab tak sangka dia reply comment aku..bagi phone number...lepas tu la sentiasa keep in touch ngan Ab (bila da kenal kene bahasakan nama pulak).. teehee!


sixth story :
aduuihhh!! panjang sangat la story..meh la aku pendekkan. tarikh 19/3 tu kami couple and setahun perkenalan tu decide untuk bertunang pada 6 February 2011 yang lepas.. jeng..jeng..jeng.. cam buku novel pulak al-kisah nye..hahaha ! muda kan aku amik keputusan??no..no..no..bukan aku gatal sangat nak kawen..study tak habis lagi tibe-tibe berani,bersedia, etc..nak bertunang.. hahaha ! cuma aku rase da sampai seru untuk aku terima..moreover, ayah pun da bagi greenlight kan?? yeeheee!


***tu je la kisah nye..aku tak simpan cerita ni dalam diari..so,just luahkan kat cini..orang cakap dugaan after engaged ni..banyak kan..so, i just pray semoga hubungan ni berkekalan sehingga maut menjemput kami...huuuu...(-_-)

picture ni membuktikan segala nye..aku tak cakap tipu-tipu untuk membanggakan diri aku dah dilamar..hahaha !



ni cincin tunang saya


tengok,tak tipu kan??








ni kak ngah,sebelah beliau ialah anak sulung nye..and sebelah aku adik Ab..
(aku tak tau single ke tak adik dia ni..kalau nak bole contect2 my phone number)
LOL !





sebelah aku ni abg uda...


tengok2,aku tak tipu..aku salam mak dia la ni..haha !






teliti baik2..ni memang aku kan??yeehee!


**aku pelik jugak sebab entri aku pasal setahun aku couple.
tapi aku selitkan gambar tunang ni pehal!!??
(tade kene mengene)
haha ! layan la..

Mac 18, 2011

Waiting for my hubby

Well done!!!

Title blog fynaz kali ni mesti korang akan rasa nak muntah....(silakan)
korang macam nak call fynaz sekarang jugak cakap " weyh..ko ingat ko sorang je ke ade hubby2 ni???aku ta de la??please2..jangan nak show off sgt la fynaz!!"
boleh maki - maki fynaz mengikut selera..bole muntah kalau rasa perut korang da penuh ngan makanan...hahahahaha !
relaks la..jangan gelabah sangat bole tak??baca la sampai habis entri ni..tau la blog fynaz buruk..tak baik buat dosa kutuk-kutuk ni..hahahaha ! (tibe-tibe jadi sopan bahasakan diri fynaz)..

korang pikir gua ni gedixs sangat nak mention2 nama tunang gua hari2 kat facebook,kat blog??!..say "i love sayang", " i miss u so much" then, "rindu..x sabar nak jumpa daling"... sorry2..gua bukan suka menunjuk2 ye!! (marah2,tibe-tibe jadi biadap).. gua sms je..


Ehem..ehem..i ade kekasih lain la..i curang ke??no..no..no..nak mampus ko??wakakaka !
meh2..usha-usha ye sape kekasih fynaz tu..dari sekolah menengah sampai sekarang, tetap segar diingatan..tak pernah nak buang dari hati..cinta pertama sampai terakhir...(tipu2),kalau tengok bentuk,rupa paras..sampai menjelma dalam mimpi..huuuuuu...(-_-)

NAH!! Toyota Vios.. i admired u since secondary school..huuuu,,sape nak belikan ni...plish2..nak jugak..
okeyh2..slow-slow la okeyh..jangan gelabah sangat bole tak??belajar tak habis lagi..

NAH!! tak yah cakap banyak..



New Vios by Toyota...





..........................

1.5E & 1.5G interior



1.5S interior

Actually, the 1.5S interior looks a lot of premium than the 1.5E and 1.5G because of the darker colours used which psychologically is disassociated with with the typical cheapish beige or light grey plastic that used to seeing in A-segment B-segment cars.


***nampak tak betape excited nye fynaz kan???sampai nak bagitau sume orang fynaz minat vios..orang sume mimpi2 bawa BMW,HONDA, etc...fynaz tak kisah la sume tu..vios di hatiku...(ceh2..nak ikut trademark.."uitm di hatiku") hehehehe...

p/s: kalau da name nye student uitm..kau kene sayangkan uitm macam kau sayang nyawa kau..hamik!!)

Mac 14, 2011

Belog macam Sampah

huuuu...cedihnye aku...i mish my mama and ayah damn much..!!
huuuu..rindu kat abg jgk!!!..cedih2...duk jauh2 ni..waaaaaa....

huuu..seribu kali da mention pasal aku cedih..nak typing ape lagi ni...
ciitttt..dah2..ta masuk tajuk argh ngan tajuk belog kau fynaz..haha !


pelik jugak sebab makin lama aku makin rindu..huuuu..(mention lagi..)

weyh2..belog aku ni da rase macam bakul penuh sampah...nth ape2 mengarut aku luahkan..
okeyh..gua mintak maaf la bro kalau belog gua ni tak menarik minat nak baca pun..bro ta yah baca la..ape motiff???bajet cam ramai bace belog kau kan??malu2..wuuuu...


weyh...aku suka nak tulis kat blog ni..tapi mood aku ni macam angin la..kejap ada kejap tak de..eh2,,tak..macam chipsmore la!!hehehe..
bila aku baca blog orang yang cantik2 kan..semangat aku tinggi macam gunung everest..pehh..memang berkobar-kobar la time tu kan..cehh..cehh..cehh..

tapi sorry la beb..aku nak masuk kan banyak gambar tau sebenarnye..tapi aku tak berapa pasti la kenapa line celcom ni macam ni...geram betul la..encik,tolong la perbaiki line celcom ni..no,no..i mean..upgrade..(nada gedixs cikit)cis,,kampung betul nak suruh "perbaiki"..bahasa biar cool cikit..LOL!

In conclusion..haha ! da lama tak wat essay ni...aku nak siapkan assignment yang tak tahu bila boleh siap ni..sebab aku asik2 ngan movie and facebook..influence tinggi betul la..
and then bila aku da boring tahap gaban aku tidur..best2..memang best!!nak siapkan assignment menangis kau nanti..hahaha ! wish luck to me guys..


good nyte...ZZZzzzzZzzzzZZzzz...(-_-)

Mac 13, 2011

INGAT TAK MASA KECIK-KECIK DULU

salam sejahtera..

Terima kasih kepada abg Mcd yg menghantar Mcd order by us..
Sekarang ni sume da senang...ta payah susah - susah jauh - jauh nak pegi beli Mcd..,makcik-makcik and pakcik - pakcik..Mcd ada wat service Delivery okeyh..
Just col..membebel dalam 10 minit..tunggu lebih kurang 30 minit..da sampai,amik and da bole makan..
Mudah kan??kaki ta yah penat..ta yah membazir duit minyak kete..ta yah penin - penin nak pilih baju ape nak pakai g Mcd..ta yah penat gosok..hah,nah amik ko!! Delivery Mcd ada caj tex..huahuahua....(-_-)..


HUHU..susah la hidup jauh ngan family ni..makan minum sume kena urus sendiri..kalau malas memang ta makan..and then kena marah ngan ibu,ayah,tunang pun nak tumpang sekaki gak marah-marah aku...huhuhu...sob..sob..sob..

Dulu baju ibu yang gosok kan..pagi-pagi bangun tinggal pakai je..tak yah susah-susah nak bangun nak gosok baju..nak nangis siap bagai sebab kena gosok baju..ha,padan muka sekarang aku kena gosok baju sendiri..
kalau tak pegi kelas pakai baju kedut-kedut..lawa lagi kulit nenek aku kalau nak dibandingkan ngan baju aku..huhuhu..susah-susah..(-_-)


Dulu pegi sekolah ibu and ayah yang anta..tak penat pun kaki nak pegi kelas...pegi anta balik amik..punya manja sampai pegi sekolah tak nak naik bas sebab aku memang tak gemar kalau naik bas kena bangun kul 5 pagi nak pegi sekolah..pegi awal sampai rumah lambat..memang la aku tak suka..huhuhu..
masuk sekolah menengah tak nak tinggal kat asrama sebab rindu kat ibu..huhuhu..padahal duk kat rumah bukan nya aku berkepit ngan ibu 24 jam pn..huhuhu..
Sekarang da tinggal kat U..hah,amik ko!! kena pegi kelas jalan kaki..
nak-nak kalau kelas dekat tak pe la jugak..kelas jauh nye amat..kalau matahari kat atas kepala memang bole hitam kulit aku..pakai sunblock pun ta de effect..lagi sedih..huuuuuuu(-_-)


Masa sekolah duit belanje ibu bagi..aku memang tak gemar simpan-simpan duit ni..nak-nak kalau orang BSN datang untu bagi peluang kat student nak bukak akaun ke..nak simpan duit ke..ape ke..memang susah nak jumpa aku kat barisan tu..orang simpan duit kat BSN..aku simpan duit kat kantin sekolah..hahahaha ! sekali ibu bagi memang ta de balance aku bawak balik..
TAPI da tinggal kat kolej ni..duit kena pandai jimat-jimat...kalau tak silap haribulan kau makan je serangga-serangga yang ade kat lampu..tak pun makan bunga-bunga ke..memang jadi vegetarian la lepas tu an..nah,amik ko!! tu la...dulu tak nak belajar simpan duit..

Agak-agak da akhir sem aku buat muka seposen kat ayah...duit da habis..ta pun tunang aku pun leh gak aku wat muka seposen...tapi ayah ngan abang baik sangat..maceh2..cian korang..sorry..huhuhuhu..sedih la cam ni!!!!(-_-)..

Dulu masa sekolah rendah..ayah arranged waktu untuk aku study..tido awal..muka pun berseri-seri pegi sekolah..masa sekolah menengah,da bijak cikit..tido awal gak..tapi esok sampai sekolah pagi-pagi aku belagak cam otai mintak buku kat kawan-kawan then,copy and paste je..buku akaun saadah jadi mangse...sorry ye aad..huhuhuh...
TAPI da jadi student U..aku kena wat assigment sampai larut malam..da jadi pemalas,esok nak anta,hari ni baru aku buat..sometime, kul 5 pagi baru tido..untunglah kalau kelas esok petang..kalau kelas pagi??lecturer kat depan..aku memang tido je kat belakang...waaaaaa..sedih la jadi cam ni..(-_-)..


Huhuhuhu..best nye masa kecik-kecik...sume orang arranged...sume ibu buatkan..hamik ko!!sekarang pandai-pandai la aku arranged waktu aku..pandai-pandai la buat sendiri..berdikari..cedih la cam ni..huhuhuhuhu..(-_-)..