Jun 28, 2011

No Title.



Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Hari ni hari Selasa. Dah dua hari aku duduk kat Segamat ni tanpa pergi kelas? Tak ke rugi tu aku balik segamat ni hari ahad? kalau aku tahu aku balik hari ni. Huhu. Sedih tahu tak.. Nak nangis ar camni! nak nangis ar camni! Huhu. Kebosanan duduk dalam bilik sorang-sorang, aku pi dok belek-belek muka ni. Hah!! muka dah tumbuh bintik merah! OMG!! Apemende yang aku pakai sampai muka jadi camni? Huuuu..nyesal woo pakai macam-macam produk.


Ish..ish..tak boleh jadi ni. Sejak sem lepas aku dah janji aku tak kan tukar produk pencuci lagi. Yes! aku still pakai Nano White untuk pencuci muka. Then, untuk makeup aku just pakai bedak asas Maybelline. Opps, aku lupa..aku baru try produk Clinelle sunblock. Aku akan apply kan kat muka sebelum guna bedak asas ni. Dah 2 bulan aku guna. maybe ni lah effect nye. Huhuhuhu.


Dah belek muka tapi aku still bosan lagi. pastu aku teringat nak tengok-tengok gambar mase kecik-kecik dulu. Amboii!! tembam betul aku. Badan semangat sungguh. patut ar susah nak keluar dari perut ibu. ngade-ngade tau kau sampai kena guna vakum nak keluarkan kepala kau. Hehehe.. disebabkan cara aku keluar lain dari yang lain daripada adik - beradik aku, kesannya aku yang paling terendah. Mau tak nye, adik aku yang darjah 6 tu dah sama tinggi ngan aku! eh, tak. tak. Dia tinggi sikit. wakakaka! Nevermind! effect positif bila orang luar tengok aku dyeorang akan cakap "Eh, anak sulong ke..ingat adik awak ni kakak awak. Awak kakak rupanya.." (bangga tak bangga aku time ni an. bajet aku paling comel la time tu..)



Perkara ni memang selalu terjadi. So, aku tak kisah. Langsung tak. tapi agak - agak kalau aku kawen nanti, nak tak orang cakap siapa lah yang kawen dengan budak sekolah ni. Paling kurang pun orang akan cakap, budak ni mesti belajar lagi dah nak kawen. Kalau ada, nasib awak lah Encik Abdul Ghafar bin Zakaria. Hahaha !






Ini adalah aku. comel ke tak comel.





???





masih lagi aku.






ni bila dah adult. hahaha. sumpah lain an?





ini cik abang sayang.






p/s: pernah tak orang cakap, muka anak kita bila lahir, akan ikut camne parents dia. faham tak maksud aku? hehe. muka anak aku agak-agak comel kan kalau ikut aku? LOL!



Jun 22, 2011

Dunia ni kecik kan?


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Tak de ape yang aku nak bebel kan. Cuma aku nak luahkan perasaan terkejut aku. Kehidupan ni penuh dengan perkara-perkara yang kita tak sangka.


First, aku tak sangka kawan kepada kawan aku, ada duk dalam uitm segamat ni. ok,cerita lama tu. Haha.


Second, bende yg sama aku ulang. kawan aku mase kat sekolah menengah kawan kepada kawan tunang aku. Haha.


Tak sangka kan? Renung-renung kan... Teehee..

Jun 19, 2011

Kalau Ibu ada, Ayah pun ada.

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Yup, sekali lagi telah tersalah tarikh. Ingat kan Father's Day dua hari lepas tapi rupanya hari ni. Orite, lepas ni kena save dalam phone tarikh ini. Actually, hari-hari adalah Hari Bapa. Setiap detik kita perlu mengenang jasa dan pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anak. Bagaimana seorang ayah membangunkan family menjadi family yang bahagia.


AYAH. Tanggungjawab yang dipikul tak semudah panggilannya. Aku sayang ayah. Ayah segalanya bagi aku. Aku tak pernah nampak ayah mengeluh untuk membesarkan kami 6 beradik. Dari kecik lagi aku ni di didik dengan penuh kasih sayang and kesabaran. err, sabar tu sikit la. sebab sabar mana pun kena marah jugak. Haha. Meh aku nak citer pengalaman aku bersama adik aku,angah. Sebab kiteorang ni lahir selang setahun je. so, kiteorang dah macam kembar. Mau tak nye, ibu selalu beli kan kami baju sama, kasut sama, jam sama..pokoknya semua sama. Tak de beza. sebab angah aku kuat jelez. Haha.


BELAJAR SIFIR. Ini memang kelakar. aku dengan angah akan ketawa terbahak-bahak. ketawa dengan ayah. sumpah masa tu aku pikir, cepat lah aku besar. cepat lah aku pandai. Tak yah lah ayah tanya-tanya aku lagi. hehe. bayangkan lah aku 6 tahun ayah dah suruh aku hafal sifir sampai 12. terjerit sana-sini. Tapi biasanya aku selamat. sebab angah akan jadi orang first yang kena soal. Bila ayah cakap " cepat ayah nak soal sifir!" Masa tu aku dengan angah kelam kabut cari buku tulis yang belakang nya ada sifir. teehee.


BELAJAR SOLAT. err, kalau sifir tadi angah kena. Jadi bila time solat, aku yang kena. fair la kan. haha. Aku jadi imam untuk adik aku si angah tu. memang lah aku takut. aku solat kat depan. ayah duduk kat tepi. Kalau dah jadi imam confirm lah aku kena baca dulu baru baru adik ikut. Bila time ayah kerja. Kami memang suka. Boleh solat lambat-lambat. Sometimes terlepas jugak. tapi bila ayah balik memang lari lintang pukang amik air widhuk and then solat tak serupa solat. kiblat ntah ke mana. tepi katil pun aku boleh solat. 3 minit memang pasti. tunduk bangun tunduk bangun ayat bacaan ntah kemana. Hahahaha..


BELAJAR MATHEMATIK. Sungguh tak suka. memang best cuti sekolah tapi tak best bila kedai buku sekolah dah bukak awal-awal. Please lah bukak bookshop time bukak sekolah. kan senang. tak yah awal-awal ayah belikan aku buku latihan then aku kena buat. Ayah memang terer Math. Sebab ayah lah math aku sentiasa dapat A. OK, bila buku dah ada kat rumah hari-hari aku dengan angah kena buat latihan. then bila balik ayah check. tapi kesannya banyak. Masa baru masuk darjah satu, ada buat ujuian untuk tetapkan kelas, aku sorang tak tukar kelas. hehe. kira aku terer la masa tu. masa darjah 3 ada ujian PTS (bach aku yang last. pastu tak de dah). lagi sekali I be a winner. Aku dapat lompat kelas, terus masuk darjah 5. Jimat masa and umur. Tapi aku tak amik tawaran tu. aku takut. Masa tu aku ada minat sorang abang ni. Selang setahun dari aku. Dah sure-sure lah aku kena masuk kelas dia. Memang tak lah. (bajet malu ape bagai). Dengan tenangnya aku menolak and then still bersama kawan-kawan masuk darjah 4. Bukan sampai situ je, ni citer masa darjah 6. Lagi sekali bila UPSR, math aku dapat A. jadinya, exam besar aku tak pernah kantoi math. Bila secondary school, aku terpaksa akui yang math aku sentiasa dapat B bila exam sebab aku dah tak suka math. Hahaha. Now dah masuk universiti, kos aku memang tak de math. tapi kalau nak suruh aku ajar akaun, aku boleh tolong lagi sebab aku dapat A masa SPM. aku bukan nak bangga, cuma aku nak bagitahu kesan daripada ape yang ayah lakukan, aku telah berjaya. Teehee...


MENGAJI. macam biasa. setiap malam aku kena pergi mengaji kat rumah orang. Darjah 4 baru khatam Alquran. Sampai sekarang aku dah 20 tahun, baru 3 kali khatam. (-_-)



Aku rasa aku manja dengan ayah. kalau adik-adik aku nak ape mesti hantar aku sebagai pengantaraan. hahaha. Best woo jadi anak ayah. suka! tapi bukan lah maksudnya ayah ni lebih kan aku je. sikit-sikit untuk aku, siki-sikit untuk aku. Cuma ntah la, kadang-kadang kelebihan yang ada aku rasa banyak nya memang kat aku. Yeehee!!



Ayah, Happy Father's Day! Along sayang ayah sangat-sangat. Jasa ayah tak dapat along balas dengan mata wang. tapi along akan kenang setiap susah payah ayah and ibu membesarkan along adik beradik. Semoga kehidupan ayah deberkati oleh Allah. hehe.





Ini ayah.



Ini kami.




Ini parents saya.

Saya dah jawab pertanyaan anda.


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Jun. Kadang-kadang bagus gak hari cepat berlalu. hehe. Sebab mata dah mengantuk so nak typing laju-laju ni. ringkas tapi padat. saja nak update pagi ni sebab esok ada aktiviti. Untuk hari ni aku nak jawab dua soalan yang kawan-kawan aku tanya tapi aku malu-malu nak jawab (hehe..adalah 3 4 orang yang tanya). Soalan ni yang aku still ingat lagi dalam kepala hotak ni.



1. Best tak dah bergelar tunang orang?

Soalan ni dah banyak kali aku dipersoalkan. "best tak dah bergelar tunang orang? tak pun ape perasaan dah bertunang? Pernah gaduh tak?" TAKUT. sebab ape aku jawab takut sebab bila kita dah jadi tunang orang, cara kita adalah terbatas. maksud aku korang tak boleh nak jalan-jalan pi dok genyit mata kat orang mintak number phone atau seumpama dengan nya la. tapi tak bermaksud la aku langsung tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. TAKUT yang kedua, aku paling gerun kalau hubungan aku tiba-tiba terputus tengah jalan.

kau jangan cakap kalau dah bertunang tu confirm kita kahwin dengan orang tu. That why la kita kena berhati-hati. Jadi aku akan pastikan setiap masalah yang timbul aku akan hadapinya dengan tenang (wajib jadi professional). Gaduh-gaduh tu biasa lah. dugaan. kalau tak gaduh rasa macam tak cukup perisa dalam makanan. tapi aku gaduh tak lama. seminit dua aku akan ok. kalau aku marah sangat aku akan nangis. itu cara aku. Haha.




2.Cinta kat tunang tak?

Ini soalan aku tak tau macam mana boleh timbul. kelakar. rasa nak terburai isi perut kalau aku ketawa. tapi tak pe. soalan tu tak pernah salah. Kadang-kadang ada orang bertunang atas kehendak keluarga (maksudnya kahwin terpaksa). Jangan sampai kau ngada-ngada nak bertunang sebab kawan-kawan dah bertunag sudah la. Hehe. Sumpah aku segan nak jawab soalan ni. CINTA. sure la aku cinta kat tunang aku. Kebaikan, kejujuran and keikhlasan beliau dah buat hati aku terbuka untuk terima. ayah dah bagi green light. family beliau dah setuju. hehe. kalau aku tak cinta, tak de koje hah nak bertunang dengan dia. teehee..





But its depend on you untuk menterjemahkan apa perasaan bila bergelar tunang orang. and depend jugak pada jodoh yang ditentukan. Selalu jugak dengar orang putus tunang walaupun dah lama berkawan and bercinta. Allah nak uji kekuatan hambanya. So, terima dengan tabah. Walaupun dah hadapi masalah dengan professional, kalau bukan jodoh korang, u will lose him/her. (-_-)



Kalau kat Malaysia, artis yang dah berpunya biasanya akan hilang sedikit popularitinya. err, fynaz bukan artis tau. jangan la tiba-tiba tak nak kawan pulak bila dah tahu fynaz bertunang. tak nak keluar sama-sama ke. Haha. but, i'm sorry if korang dah ajak tapi fynaz tak dapat join korang. Terima Kasih. teehee.


Jun 18, 2011

Dulu gambar asyik 'peace' je. Bila nak berubah.

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Ouchh, pagi-pagi lagi aku dah update blog? sungguh tak percaya. Itu maksudnya, awal aku bangun. Haha. tapi tu la, kalau kat rumah lepas solat subuh aku tidur balik and bangun mostly tengahari. Sebaliknya kalau kat segamat ni aku confirm bangun tak lebih dari kul 9 am. pelik tak pelik tu. Terdapat perbezaan tidur kat rumah and tidur kat hostel. Ini kemungkinan besar sebab kat rumah tilam aku tak terkata tebal nya tambahan pulak ditambah dengan aircond yang lebih selesa daripada kat hostel ni tilam nya boleh tahan and kipas je. err, tapi bersyukur la sebab aku still dapat kolej lagi. Itu PENTING!!.


Bila bangun aku terus online. Buku depan mata ketepikan dulu. punya la aku ni student yang pemalas. itulah pengaruh teknologi sekarang. then, aku belek-belek gambar lama (save kat leptop ni). Aku gelak sorang-sorang. Kebanyakkan gambar aku semua ada 'peace'. Then gambar tengah tengok langit la. Mendagu la. Sumpah rasa macam nak delete semua gambar. Lepas tu muka semua muka budak-budak. hitam tu adalah pasti. haha. bajet cerah cikit la sekarang. haha. (lagi sekali perasan. semua entire aku, mesti terselit yang menunjukkan aku ni perasan).


Tapi time dulu, amik gambar seperti tu, dah dikatakan lawa. menjerit-jerit cakap "eh,lawanya gambar!!. tak pun, eh,comel la gambar kita." Kata-kata pujian yang memakan diri ni selalunya pasti. Tapi bila dah 2 3 tahun tengok gambar tu, rasa malu nak tunjuk kat anak cucu. Haha.


Gambar sekarang seperti ada perubahan. tak banyak. cuma semakin memahami gaya posing yang terkini. teehee. Tapi rasanya semakin geli. (-_-)



Ni gambar dulu.

ni gambar tengah tengok langit + mendagu.




tengok. aku tengah pegang keropok. sakai. isk,isk,isk.




gaya cam ni tak tahu datang dari mana. first kanan tu AKU.




Ni time form 5. masa ala-ala graduation.




Ni gambar sekarang.

aku yang nampak kepala kat belakang tu.




this picture kono-konon terselit kat daun-daun kecil.




kat pizza hut. err..mendagu jugak??




kat Gunung Ledang with my friends.




Yup!! this picture aku rasa semakin gedik. terlentok cam pinggang dah patah.
kelakar. but this picture have sweet memories.





Jun 17, 2011

Masuk semester 5 tapi jadi Makin Touching.


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

Makin lama aku makin dewasa (ceh,bajet je). Makin lama aku makin pandai berkata-kata. Makin lama aku makin memahami mana yang baik and mana yang perlu dielakkan. Makin lama aku makin mengerti apa maksud kehidupan. Makin lama aku makin mengetahui yang liku-liku kehidupan ni tak semudah yang aku imagine kan. Cuma aku tak pasti Makin lama aku makin cantik ke tak? Hahahahaha..


Jadi setiap ape yang aku lakukan aku akan pastikan ia memberi faedah kat diri aku ni. yela,tak nak membuang masa la katekan (tipu. sebab setiap malam aku online tak baca buku.) Teehee.. err, aku malu la nak cakap makin dewasa aku makin touching. mungkin perubahan hormon kot. masih tak stabil. ade kene mengena ke? hentam saje la. Hehe. Sebab ape aku cakap cam ni. Lepas aku kaji-kaji, pikir-pikir, selidik-selidik..Yes! aku pasti aku sentiasa touching.


Dengan ibu sendiri pun nak touching (ouch,banyak kali cakap pasal touching ni). First, hari tu result exam keluar aku telah touching ngan parents aku. Almaklum la, every sem result aku ni semua orang boleh teka. Dah tu, result adik aku yang kat matrik tu lagi gempak dari aku. Dia dapat Dean List. err,aku? cukup la kalau setakat 3.00 - 3.49. Hahaha. tak gitu? Nak dijadikan cerita, time adik aku dapat result semua orang gembira. Tahniah-tahniah. tak henti-henti. Tiba time aku, ayah cakap ok la tu. sedih tak sedih tu. kecik hati. tapi kejap je pastu ignore je la.

Err..hari ni kan Hari Bapa. aku nak wish Happy Father's Day to my dad, Shah Bani bin Mohamed Salleh. Jasamu tak dapat aku balas sampai akhir hayat ku. hehehe. Ayah dan ibu dah banyak berkorban untuk along. kadang-kadang nak tergelak bila aku teringat ayah cakap aku ni suka bodek dia. hahaha. Bila aku da besar, dah nak diambil orang ni pun, aku rasa adik bongsu aku adalah pengganti aku. Yeayh!! teruskan usaha untuk mewarisi cara kak long ye Aqilah.. Teehee..


Lain cerita pulak, tunang aku ni la. Mesti dia pun hairan jugak. dulu aku slumber je. sekarang asal dia tergurau kasar cikit, aku dah touching. Pastu aku cover la balik yang aku pun gurau-gurau je touching. Hahaha. Penipu sungguh aku kan? tapi kejap je. Sejam pastu aku dah lupa la. Dengan adik-adik aku pun sama. Bila diorang tak nak dengar cakap, aku rasa cam nak hentak-hentak je kepala diorang. tapi apakan daya, diorang lagi tinggi + besar dari aku. Aku pun gerun jugak. hahaha. ni lagi la problem.


Kawan-kawan? biar la aku simpan dalam hati. sat lagi kalau aku bagitau korang pakat ramai-ramai datang segamat hentam aku. Join sama jugak kawan-kawan aku kat sini. Hehehe.


Actually, aku touching pun aku sayang semua orang. aku touching seminit dua je pastu terus lupa. Aku pun kene pikir, aku pun mesti ade buat orang-orang yang aku sayang kecik hati jugak. Sorry!! tehee..=)


Jun 16, 2011

Tahniah Nora Elena.

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.


Adakah anda ada tonton drama episod Nora Elena? Apa pendapat anda mengenai penceritaannya yang telah diadaptasi dari novel "Kasih Yang Suci" ? Siapa yang tak kenal dengan pelakon Aaron Aziz. Beliau telah menjadi hero dalam watak ni and heroin yang terserlah kecantikannya iaitu Siti Saleha. err..sopan nye nama. Teehee.. Bagi aku, cerita ni tak kurang hebat nye la. Kalau tak hebat tak kan lah kawan aku si Irfan tu asyik mengira waktu untuk tonton episod tu. siap flashback balik episod yang dia tengok tu. Hah, hebat tak hebat kau kan irfan? Dan kitaorang ni pun beriye tunggu waktu malam sebab nak online tv nak tengok cerita tu. siap maki-maki kalau broadband lambat. Tapi kadang-kadang BB tu bukan nak dengar cakap kitaorang. Degil. Lambat jugak la. Huuhuhu..Irfan, jangan lupa download full episod untuk kitaorang yang duk kat kolej tanpa kemudahan televisyen ni..(err..ada tapi tak rajin nak pergi bilik tv).


After Nur Kasih, agaknya mungkin cerita ni telah mendapat sambutan hangat. Lepas ni, penulis skrip carilah novel-novel yang hebat untuk dijadikan drama. (bertambah rezeki si penulis novel). hehe..





Nora Elena...


ni jejaka aaron aziz yang aku cakap tu..
Dah berkeluarga da pun..=)



Siti Saleha.




p/s: Lawanye jadi model cam ni..hehehe..
picture by google image. Almaklum la,aku bukan photographer.. Teehee.. (-_-)


Jun 14, 2011

Tanpa simpati. Sila ambil iktibar.

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

"Tanpa simpati.." Allah bagi manusia otak dan akal untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. Agar manusia dapat berfikir mana yang baik dan mana yang perlu dijauhkan. Tapi kadang-kadang manusia leka, lalai, tak sedar..(err..seumpama dengan nye la..) jadi, banyak kejahatan yang telah berlaku. Penganiayaan, penderaan dan sebagainye. Eh, aku tak kata aku ni baik sangat tapi masih lagi mempunyi akal yang waras untuk pikir mana yang terbaik. haha.


Ni hah aku nak citer, hari ni aku terajin pulak baca surat khabar kan. Tengah aku syok-syok baca tetibe ade satu berita tentang kes pembuangan bayi. Ada lagi? ish.ish.. tak sayang ke la ibu-ibu, mak-mak yang lahirkan baby tu. Dah la comel tapi sayang dibuang-buang. Sape yang patut nak dipersalahkan? ibubapa ke? dah-dah la korang asik nak menuding jari kat parents nak salahkan mereka sebab tak didik anak-anak, tak didik korang.

Ish..ish..remaja sekarang ni, kot ia pun korang ni pikir-pikir la sikit. Pelajaran sains kat sekolah tu bukan menggalakkan korang nak mencuba bende-bende maksiat ni. Tujuan nye nak mengelakkan daripada kes ni berleluasa. Korang salah paham pulak ye?? kesian.. Munkin juga sebab teknologi canggih so korang pikir kalau mengandung pun boleh pegi klinik private and then, gugurkan.. kan??!!

Pikir-pikir kan la.. kesian baby.. Tak bersalah tapi ni pulak jadinye..

kesian tak kesian ni. kepala ada tercabut dari badan..



ni lagi dasyat. rasanya dibakar ni..(-.-)


boleh pikir cara lain tak kalau nak buang bayi tu??! (err..ni nasihat ke ape ni??)



p/s: photo by Google.

Jun 13, 2011

hidup ni complicated ke?

Assalamualaikum and Salam Sejahtera


Fuyoo!! dah lama aku tak update blog. Dah hampir sebulan rasanya. bukan ape, aku tak de perasaan pulak nak berblog. pastu bila tension tahap gaban cam ni, baru la aku terasa nak update blog pulak. Tak tau la ape motif aku untuk buat blog ni. Teehee..


Hidup ni complicated ke..atau aku yang telah mengcomplicatedkan hidup aku sendiri??! ish, susah jugak nak hidup. Nak jadi budak kecik! nak jadi budak kecik. Budak kecik tak yah nak pikir ape erti kehidupan. yang tau nye makan tido main lepak-lepak pergi sekolah and ulang balik bende yang sama. Bila dah dewasa ni nak kene pikir lepas ni aku nak jadi ape nak pergi mana ape hala tujuan aku..tak gitu ke? buat salah cikit orang dah mengata belakang kata tak de otak bagai. mase budak-budak kalau buat salah paling kurang orang cakap.."tak pe lah, budak lagi" ciss,!! tak adil sungguh. tapi Allah Maha Adil. hehe..



Agak-agak cam ne cara nak bagi kita senang hati bila dah buat keputusan? yes! keyakinan diri adalah penting..tapi aku ni kurang berkeyakinan. Almaklum la..aku suka pikir lebih banyak negatif dari positif..Erti kata lain takut tanggung risiko. haha.



Hey makcik, sukati aku la bila aku nak kawen,bila aku nak belajar. Oppss, aku tak pernah lagi la sekurang ajar begini.aku masih ade lagi budi pekerti. hehe. bila aku rasa akan kawen, aku kawen la. kalau aku rasa nak study, aku study. err..kolot ke cam ni?? tak kan? ni untuk tak nak complicatedkan hidup aku je. hahahaha. Jap, malam ni nak buaat solat istikharah la. teehee..T_T..


err..ade sape-sape nak design baju ni untuk saya?? hehe.


dan cincin ini....huhuhu..