Jun 19, 2011

Saya dah jawab pertanyaan anda.


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Jun. Kadang-kadang bagus gak hari cepat berlalu. hehe. Sebab mata dah mengantuk so nak typing laju-laju ni. ringkas tapi padat. saja nak update pagi ni sebab esok ada aktiviti. Untuk hari ni aku nak jawab dua soalan yang kawan-kawan aku tanya tapi aku malu-malu nak jawab (hehe..adalah 3 4 orang yang tanya). Soalan ni yang aku still ingat lagi dalam kepala hotak ni.



1. Best tak dah bergelar tunang orang?

Soalan ni dah banyak kali aku dipersoalkan. "best tak dah bergelar tunang orang? tak pun ape perasaan dah bertunang? Pernah gaduh tak?" TAKUT. sebab ape aku jawab takut sebab bila kita dah jadi tunang orang, cara kita adalah terbatas. maksud aku korang tak boleh nak jalan-jalan pi dok genyit mata kat orang mintak number phone atau seumpama dengan nya la. tapi tak bermaksud la aku langsung tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. TAKUT yang kedua, aku paling gerun kalau hubungan aku tiba-tiba terputus tengah jalan.

kau jangan cakap kalau dah bertunang tu confirm kita kahwin dengan orang tu. That why la kita kena berhati-hati. Jadi aku akan pastikan setiap masalah yang timbul aku akan hadapinya dengan tenang (wajib jadi professional). Gaduh-gaduh tu biasa lah. dugaan. kalau tak gaduh rasa macam tak cukup perisa dalam makanan. tapi aku gaduh tak lama. seminit dua aku akan ok. kalau aku marah sangat aku akan nangis. itu cara aku. Haha.




2.Cinta kat tunang tak?

Ini soalan aku tak tau macam mana boleh timbul. kelakar. rasa nak terburai isi perut kalau aku ketawa. tapi tak pe. soalan tu tak pernah salah. Kadang-kadang ada orang bertunang atas kehendak keluarga (maksudnya kahwin terpaksa). Jangan sampai kau ngada-ngada nak bertunang sebab kawan-kawan dah bertunag sudah la. Hehe. Sumpah aku segan nak jawab soalan ni. CINTA. sure la aku cinta kat tunang aku. Kebaikan, kejujuran and keikhlasan beliau dah buat hati aku terbuka untuk terima. ayah dah bagi green light. family beliau dah setuju. hehe. kalau aku tak cinta, tak de koje hah nak bertunang dengan dia. teehee..





But its depend on you untuk menterjemahkan apa perasaan bila bergelar tunang orang. and depend jugak pada jodoh yang ditentukan. Selalu jugak dengar orang putus tunang walaupun dah lama berkawan and bercinta. Allah nak uji kekuatan hambanya. So, terima dengan tabah. Walaupun dah hadapi masalah dengan professional, kalau bukan jodoh korang, u will lose him/her. (-_-)



Kalau kat Malaysia, artis yang dah berpunya biasanya akan hilang sedikit popularitinya. err, fynaz bukan artis tau. jangan la tiba-tiba tak nak kawan pulak bila dah tahu fynaz bertunang. tak nak keluar sama-sama ke. Haha. but, i'm sorry if korang dah ajak tapi fynaz tak dapat join korang. Terima Kasih. teehee.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan