Ogos 03, 2011

Pernah Kau Rasa Susah Cari Duit?


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Ramadhan untuk umat Islam seluruh negara. Semoga kita dapat meningkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Amin. ecececeh, cukup-cukup aku tak nak keluarkan kata-kata berunsurkan nasihat lagi. haha. Berdasarkan entire aku kali ni, bila bulan Ramadhan aku rasa bulan yang aku dapat la jimatkan duit sikit. sikit,tak banyak. Tapi kadang-kadang orang cakap bulan puasa ni nafsu makan kuat. cubalah kau pergi pasar tu kan, habis deretan pasar dari depan ke belakang kau nak singgah. Dah kau singgah confirm lah kau belikan. Jadi, tak yah nak salahkan syaitan pulak time-time puasa ni sebab makhluk terkutuk tu semua dah kena ikat. hehehe.


Kadang-kadang hidup tak ada duit ni memang menyusahkan. Yelah, nanti kau nak beli apa semua kena tertunda. Bulan ni kau beli yang ni dulu. Bulan depan kau beli yang tu pulak. Ni nak cerita tentang aku pulak. Masa kecik-kecik dulu aku memang tak reti makna tak ada duit. Nak tu nak ini. macam-macam aku nak. Bila ibu cakap tak ada duit nanti aku merajuk sampai tak mahu makan jebik muka bagai sampailah aku dapat, baru aku hoorrayy-hoorrayy!! haha..


Bila dah masuk universiti ni, aku tak lah sepandai tupai tu untuk dapat scholarship. jadi aku buatlah pinjaman PTPTN. Bila dah ada duit sendiri, aku tak lah susah-susah mintak ibu ayah duit. Jangan kau ingat cukup la. setiap akhir sem aku terpaksa mengemis mintak ibu ayah duit jugak untuk tampung hidup aku yang hanya beberapa minggu je lagi untuk cuti. Jadinya, bila dah cuti, tak perlu susah-susah kawan-kawan nak bazir kredit mesej aku ajak keluar tengok movie makan-makan jalan-jalan sebab poket aku ada nombor '0'. Ini memang sedih. -_-


Kesimpulannya, aku rasa tak ada duit memang satu pengalaman yang perit,pahit semua benda yang kau rasa jelik tu, benar. Jadi sekarang bila adik-adik aku mintak ibu aku macam-macam kalau pergi shopping kompleks beli barang memang aku rasa nak bagi penampar sekali dua lepas tu aku tinggal je kat situ tanpa bagi muka kesian. Kejam kan aku? hahaha. Tipu tu semua. Aku tak nak bangga kat sini. sebenarnya kalau adik-adik aku pujuk rayu aku mintak macam-macam aku turutkan jugak sebab aku ni baik hati lagi penyayang terhadap kanak-kanak. Tewas. -_-





Malu posing cam ni..



aku pakai payung walaupun tak hujan?




ini kalau tengok time bulan puasa ni memang tak tahan. hehe




ini dari secret recipe. Mari-mari.



lagi kek coklat.




ini memang idaman aku. boleh dapat? haha




ini lagi.


Ini si Gedik. haha.






2 ulasan: