Jun 28, 2011

No Title.



Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Hari ni hari Selasa. Dah dua hari aku duduk kat Segamat ni tanpa pergi kelas? Tak ke rugi tu aku balik segamat ni hari ahad? kalau aku tahu aku balik hari ni. Huhu. Sedih tahu tak.. Nak nangis ar camni! nak nangis ar camni! Huhu. Kebosanan duduk dalam bilik sorang-sorang, aku pi dok belek-belek muka ni. Hah!! muka dah tumbuh bintik merah! OMG!! Apemende yang aku pakai sampai muka jadi camni? Huuuu..nyesal woo pakai macam-macam produk.


Ish..ish..tak boleh jadi ni. Sejak sem lepas aku dah janji aku tak kan tukar produk pencuci lagi. Yes! aku still pakai Nano White untuk pencuci muka. Then, untuk makeup aku just pakai bedak asas Maybelline. Opps, aku lupa..aku baru try produk Clinelle sunblock. Aku akan apply kan kat muka sebelum guna bedak asas ni. Dah 2 bulan aku guna. maybe ni lah effect nye. Huhuhuhu.


Dah belek muka tapi aku still bosan lagi. pastu aku teringat nak tengok-tengok gambar mase kecik-kecik dulu. Amboii!! tembam betul aku. Badan semangat sungguh. patut ar susah nak keluar dari perut ibu. ngade-ngade tau kau sampai kena guna vakum nak keluarkan kepala kau. Hehehe.. disebabkan cara aku keluar lain dari yang lain daripada adik - beradik aku, kesannya aku yang paling terendah. Mau tak nye, adik aku yang darjah 6 tu dah sama tinggi ngan aku! eh, tak. tak. Dia tinggi sikit. wakakaka! Nevermind! effect positif bila orang luar tengok aku dyeorang akan cakap "Eh, anak sulong ke..ingat adik awak ni kakak awak. Awak kakak rupanya.." (bangga tak bangga aku time ni an. bajet aku paling comel la time tu..)



Perkara ni memang selalu terjadi. So, aku tak kisah. Langsung tak. tapi agak - agak kalau aku kawen nanti, nak tak orang cakap siapa lah yang kawen dengan budak sekolah ni. Paling kurang pun orang akan cakap, budak ni mesti belajar lagi dah nak kawen. Kalau ada, nasib awak lah Encik Abdul Ghafar bin Zakaria. Hahaha !






Ini adalah aku. comel ke tak comel.





???





masih lagi aku.






ni bila dah adult. hahaha. sumpah lain an?





ini cik abang sayang.






p/s: pernah tak orang cakap, muka anak kita bila lahir, akan ikut camne parents dia. faham tak maksud aku? hehe. muka anak aku agak-agak comel kan kalau ikut aku? LOL!



Jun 22, 2011

Dunia ni kecik kan?


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Tak de ape yang aku nak bebel kan. Cuma aku nak luahkan perasaan terkejut aku. Kehidupan ni penuh dengan perkara-perkara yang kita tak sangka.


First, aku tak sangka kawan kepada kawan aku, ada duk dalam uitm segamat ni. ok,cerita lama tu. Haha.


Second, bende yg sama aku ulang. kawan aku mase kat sekolah menengah kawan kepada kawan tunang aku. Haha.


Tak sangka kan? Renung-renung kan... Teehee..

Jun 19, 2011

Kalau Ibu ada, Ayah pun ada.

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Yup, sekali lagi telah tersalah tarikh. Ingat kan Father's Day dua hari lepas tapi rupanya hari ni. Orite, lepas ni kena save dalam phone tarikh ini. Actually, hari-hari adalah Hari Bapa. Setiap detik kita perlu mengenang jasa dan pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anak. Bagaimana seorang ayah membangunkan family menjadi family yang bahagia.


AYAH. Tanggungjawab yang dipikul tak semudah panggilannya. Aku sayang ayah. Ayah segalanya bagi aku. Aku tak pernah nampak ayah mengeluh untuk membesarkan kami 6 beradik. Dari kecik lagi aku ni di didik dengan penuh kasih sayang and kesabaran. err, sabar tu sikit la. sebab sabar mana pun kena marah jugak. Haha. Meh aku nak citer pengalaman aku bersama adik aku,angah. Sebab kiteorang ni lahir selang setahun je. so, kiteorang dah macam kembar. Mau tak nye, ibu selalu beli kan kami baju sama, kasut sama, jam sama..pokoknya semua sama. Tak de beza. sebab angah aku kuat jelez. Haha.


BELAJAR SIFIR. Ini memang kelakar. aku dengan angah akan ketawa terbahak-bahak. ketawa dengan ayah. sumpah masa tu aku pikir, cepat lah aku besar. cepat lah aku pandai. Tak yah lah ayah tanya-tanya aku lagi. hehe. bayangkan lah aku 6 tahun ayah dah suruh aku hafal sifir sampai 12. terjerit sana-sini. Tapi biasanya aku selamat. sebab angah akan jadi orang first yang kena soal. Bila ayah cakap " cepat ayah nak soal sifir!" Masa tu aku dengan angah kelam kabut cari buku tulis yang belakang nya ada sifir. teehee.


BELAJAR SOLAT. err, kalau sifir tadi angah kena. Jadi bila time solat, aku yang kena. fair la kan. haha. Aku jadi imam untuk adik aku si angah tu. memang lah aku takut. aku solat kat depan. ayah duduk kat tepi. Kalau dah jadi imam confirm lah aku kena baca dulu baru baru adik ikut. Bila time ayah kerja. Kami memang suka. Boleh solat lambat-lambat. Sometimes terlepas jugak. tapi bila ayah balik memang lari lintang pukang amik air widhuk and then solat tak serupa solat. kiblat ntah ke mana. tepi katil pun aku boleh solat. 3 minit memang pasti. tunduk bangun tunduk bangun ayat bacaan ntah kemana. Hahahaha..


BELAJAR MATHEMATIK. Sungguh tak suka. memang best cuti sekolah tapi tak best bila kedai buku sekolah dah bukak awal-awal. Please lah bukak bookshop time bukak sekolah. kan senang. tak yah awal-awal ayah belikan aku buku latihan then aku kena buat. Ayah memang terer Math. Sebab ayah lah math aku sentiasa dapat A. OK, bila buku dah ada kat rumah hari-hari aku dengan angah kena buat latihan. then bila balik ayah check. tapi kesannya banyak. Masa baru masuk darjah satu, ada buat ujuian untuk tetapkan kelas, aku sorang tak tukar kelas. hehe. kira aku terer la masa tu. masa darjah 3 ada ujian PTS (bach aku yang last. pastu tak de dah). lagi sekali I be a winner. Aku dapat lompat kelas, terus masuk darjah 5. Jimat masa and umur. Tapi aku tak amik tawaran tu. aku takut. Masa tu aku ada minat sorang abang ni. Selang setahun dari aku. Dah sure-sure lah aku kena masuk kelas dia. Memang tak lah. (bajet malu ape bagai). Dengan tenangnya aku menolak and then still bersama kawan-kawan masuk darjah 4. Bukan sampai situ je, ni citer masa darjah 6. Lagi sekali bila UPSR, math aku dapat A. jadinya, exam besar aku tak pernah kantoi math. Bila secondary school, aku terpaksa akui yang math aku sentiasa dapat B bila exam sebab aku dah tak suka math. Hahaha. Now dah masuk universiti, kos aku memang tak de math. tapi kalau nak suruh aku ajar akaun, aku boleh tolong lagi sebab aku dapat A masa SPM. aku bukan nak bangga, cuma aku nak bagitahu kesan daripada ape yang ayah lakukan, aku telah berjaya. Teehee...


MENGAJI. macam biasa. setiap malam aku kena pergi mengaji kat rumah orang. Darjah 4 baru khatam Alquran. Sampai sekarang aku dah 20 tahun, baru 3 kali khatam. (-_-)



Aku rasa aku manja dengan ayah. kalau adik-adik aku nak ape mesti hantar aku sebagai pengantaraan. hahaha. Best woo jadi anak ayah. suka! tapi bukan lah maksudnya ayah ni lebih kan aku je. sikit-sikit untuk aku, siki-sikit untuk aku. Cuma ntah la, kadang-kadang kelebihan yang ada aku rasa banyak nya memang kat aku. Yeehee!!



Ayah, Happy Father's Day! Along sayang ayah sangat-sangat. Jasa ayah tak dapat along balas dengan mata wang. tapi along akan kenang setiap susah payah ayah and ibu membesarkan along adik beradik. Semoga kehidupan ayah deberkati oleh Allah. hehe.





Ini ayah.



Ini kami.




Ini parents saya.

Saya dah jawab pertanyaan anda.


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Jun. Kadang-kadang bagus gak hari cepat berlalu. hehe. Sebab mata dah mengantuk so nak typing laju-laju ni. ringkas tapi padat. saja nak update pagi ni sebab esok ada aktiviti. Untuk hari ni aku nak jawab dua soalan yang kawan-kawan aku tanya tapi aku malu-malu nak jawab (hehe..adalah 3 4 orang yang tanya). Soalan ni yang aku still ingat lagi dalam kepala hotak ni.



1. Best tak dah bergelar tunang orang?

Soalan ni dah banyak kali aku dipersoalkan. "best tak dah bergelar tunang orang? tak pun ape perasaan dah bertunang? Pernah gaduh tak?" TAKUT. sebab ape aku jawab takut sebab bila kita dah jadi tunang orang, cara kita adalah terbatas. maksud aku korang tak boleh nak jalan-jalan pi dok genyit mata kat orang mintak number phone atau seumpama dengan nya la. tapi tak bermaksud la aku langsung tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. TAKUT yang kedua, aku paling gerun kalau hubungan aku tiba-tiba terputus tengah jalan.

kau jangan cakap kalau dah bertunang tu confirm kita kahwin dengan orang tu. That why la kita kena berhati-hati. Jadi aku akan pastikan setiap masalah yang timbul aku akan hadapinya dengan tenang (wajib jadi professional). Gaduh-gaduh tu biasa lah. dugaan. kalau tak gaduh rasa macam tak cukup perisa dalam makanan. tapi aku gaduh tak lama. seminit dua aku akan ok. kalau aku marah sangat aku akan nangis. itu cara aku. Haha.




2.Cinta kat tunang tak?

Ini soalan aku tak tau macam mana boleh timbul. kelakar. rasa nak terburai isi perut kalau aku ketawa. tapi tak pe. soalan tu tak pernah salah. Kadang-kadang ada orang bertunang atas kehendak keluarga (maksudnya kahwin terpaksa). Jangan sampai kau ngada-ngada nak bertunang sebab kawan-kawan dah bertunag sudah la. Hehe. Sumpah aku segan nak jawab soalan ni. CINTA. sure la aku cinta kat tunang aku. Kebaikan, kejujuran and keikhlasan beliau dah buat hati aku terbuka untuk terima. ayah dah bagi green light. family beliau dah setuju. hehe. kalau aku tak cinta, tak de koje hah nak bertunang dengan dia. teehee..





But its depend on you untuk menterjemahkan apa perasaan bila bergelar tunang orang. and depend jugak pada jodoh yang ditentukan. Selalu jugak dengar orang putus tunang walaupun dah lama berkawan and bercinta. Allah nak uji kekuatan hambanya. So, terima dengan tabah. Walaupun dah hadapi masalah dengan professional, kalau bukan jodoh korang, u will lose him/her. (-_-)



Kalau kat Malaysia, artis yang dah berpunya biasanya akan hilang sedikit popularitinya. err, fynaz bukan artis tau. jangan la tiba-tiba tak nak kawan pulak bila dah tahu fynaz bertunang. tak nak keluar sama-sama ke. Haha. but, i'm sorry if korang dah ajak tapi fynaz tak dapat join korang. Terima Kasih. teehee.


Jun 18, 2011

Dulu gambar asyik 'peace' je. Bila nak berubah.

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Ouchh, pagi-pagi lagi aku dah update blog? sungguh tak percaya. Itu maksudnya, awal aku bangun. Haha. tapi tu la, kalau kat rumah lepas solat subuh aku tidur balik and bangun mostly tengahari. Sebaliknya kalau kat segamat ni aku confirm bangun tak lebih dari kul 9 am. pelik tak pelik tu. Terdapat perbezaan tidur kat rumah and tidur kat hostel. Ini kemungkinan besar sebab kat rumah tilam aku tak terkata tebal nya tambahan pulak ditambah dengan aircond yang lebih selesa daripada kat hostel ni tilam nya boleh tahan and kipas je. err, tapi bersyukur la sebab aku still dapat kolej lagi. Itu PENTING!!.


Bila bangun aku terus online. Buku depan mata ketepikan dulu. punya la aku ni student yang pemalas. itulah pengaruh teknologi sekarang. then, aku belek-belek gambar lama (save kat leptop ni). Aku gelak sorang-sorang. Kebanyakkan gambar aku semua ada 'peace'. Then gambar tengah tengok langit la. Mendagu la. Sumpah rasa macam nak delete semua gambar. Lepas tu muka semua muka budak-budak. hitam tu adalah pasti. haha. bajet cerah cikit la sekarang. haha. (lagi sekali perasan. semua entire aku, mesti terselit yang menunjukkan aku ni perasan).


Tapi time dulu, amik gambar seperti tu, dah dikatakan lawa. menjerit-jerit cakap "eh,lawanya gambar!!. tak pun, eh,comel la gambar kita." Kata-kata pujian yang memakan diri ni selalunya pasti. Tapi bila dah 2 3 tahun tengok gambar tu, rasa malu nak tunjuk kat anak cucu. Haha.


Gambar sekarang seperti ada perubahan. tak banyak. cuma semakin memahami gaya posing yang terkini. teehee. Tapi rasanya semakin geli. (-_-)



Ni gambar dulu.

ni gambar tengah tengok langit + mendagu.




tengok. aku tengah pegang keropok. sakai. isk,isk,isk.




gaya cam ni tak tahu datang dari mana. first kanan tu AKU.




Ni time form 5. masa ala-ala graduation.




Ni gambar sekarang.

aku yang nampak kepala kat belakang tu.




this picture kono-konon terselit kat daun-daun kecil.




kat pizza hut. err..mendagu jugak??




kat Gunung Ledang with my friends.




Yup!! this picture aku rasa semakin gedik. terlentok cam pinggang dah patah.
kelakar. but this picture have sweet memories.