April 06, 2011

Boleh kan kalau jadi Best Best Friend

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Kadang-kadang aku terpikir, pernah tak ada orang yang tak suka berkawan ngan aku? mungkin sebab aku ni sombong, lupa diri, bajet hot sangat so nak berkawan ngan orang yang hot je, mungkin jugak aku ni pemarah? yeke? suka memilih kawan? hah,confirm la sebab tak kan aku nak berkawan ngan budak-budak liar, erti kata lain yang akan membawa aku kepada kejahatan. tapi yang sebenarnya budak - budak liar tu ada hati dan perasaan. just kalau nak berkawan ngan diorang, kita la yang kena membawa pendekatan yang baik kat deme' kan? tak gitu ke?tak sepatutnya kita pulaukan diorang. So, sekarang ni, aku tak kisah nak berkawan ngan sape asalkan aku pandai jaga diri. kan? kan? teehee..


Kenapa aku bagi tajuk entri cam ni? sebab aku tengah rindu best best friend aku. Bak kata cik fida kita 'second priority'. haha ! mungkin salah jugak ni. mintak maap cik pida kalau saya salah ye. hehe! kenapa aku kata best best friend? kenapa aku tak kata rakan sepermainan ke. kawan biasa ke. sebab bagi aku diorang adalah kawan yang paling best pernah aku ada. gelak sama-sama, malu sama-sama. sapa-sapa yang tengah tension dek banyak sangat kerja kena selesaikan,sila-sila lah join kami sebab korang akan ketawa berdekeh-dekeh jugak. (terlebih over di sini ye). teehee..~


Aku nak introduce best best friend aku kat sini. Tak adil kalau aku sembunyi kan kawan-kawan aku kan. Tuhan anugerahkan aku kawan yang baik untuk dikongsi bersama kawan-kawan yang lain. eceheceh..cam kongsi ilmu pulok ye. haha!mana tau ade sape-sape tersesat tengok blog aku then, secara tetibe nak berkawan pulak. Meh-meh, kami tak marah. hehe!


1- Fida Rosli...........

2- Farahiyah Omar....

3- Shida Zailan....

4- Sazzy Sariff.........

5- Asryn Safika (yg ni kdg2 je) teehee..... =)

6- (geng-geng boys).....



p/s: and pada nama yang tak disebutkan (tak lupa teha) tapi memang selalu jalan-jalan sama-sama ngan aku, boleh serang aku ramai-ramai. (not include tunang sebab of course la aku selalu jalan-jalan ngan beliau. sape? pandai-pandai lah terjah.) tehee. =)



# gambar first. nampak tak orang pakai jam ala-ala pink.
and baju ala-ala pink? tu fida and fara.



#gambar second
nampak tak orang yang pakai anak tudung ungu? tu la fida..



#third picture. nampak lagi tak?
fara yang pakai tudung.
fida yang pakai ank tudung oren tu??



#last picture.
yang kat depan sekali fida. belakang nye fara?


*sekarang korang memahami tak kenapa aku letak nama fida first and fara second?
sebab mana-mana aku pegi, muka budak berdua ni mesti ada. ade la sekali sekala aku tak join diorang ni hangout sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan.
bosan tak ngan deme'-deme' ni?
Teehee..

April 05, 2011

Mood: bukan. mungkin nak. confius


Salam Sejahtera and Assalamualaikum.



Ape khabar kawan-kawan? harap semua dalam keadaan baik. haha ! dah lama pulak tak buat karangan bahasa melayu. rindu lah ni. Mau tak nye, aku pernah kene cubit ngan Cikgu Azmah gara-gara aku tersilap buat format kot seingat aku la. sakit ke tak? sumpah cam kene gigit semut. sakit la. eh, nape pulak aku citer pasal zaman kanak-kanak ribena ni? teehee..


Assignment banyak. hati nak balik selangor. tapi bila pikir pasal assignment tak nak balik. kalau dah balik selangor, liat sangat nak balik segamat. ingat kan liat nak bangun tidur je, nak balik segamat pun liat jugak. (-_-) ape? segamat tu tempat aku belajar la. haha !


Saje je nak update blog. So, nanti aku pikir balik mau balik ke dok'. kalau aku balik, doa2kan lah semoga aku tak liat nak balik segamat. Tolong kira berapa kali aku mention perkataan balik. Jelaskan perasaan aku memang nak balik? sungguh ni! tak pernah tipu kalau luahkan perasaan untuk balik. (lagi sekali aku mention.)


sekian.............(-_-)

April 03, 2011

Tercari-cari sumber resepi masakan: Resepi Kak Ina

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Krukk..krukk..perut aku dah start nak buat konsert yang irama ape pun aku tak tau. sebab iramanya sentiasa berubah mengikut waktu. haha ! lepas tu cepat-cepat la aku online sebab bila lapar, aku akan teringat untuk belajar memasak sambil berangan-angan kalau lah aku pro dalam masakan kan. sedaya upaya aku cari resepi masakan. Nah! masa ni la aku gunakan masa untuk cari sumber dalam internet. kot-kot ada yang sudi share resepi kan. (mak,bakal mentua, bkal kakak ipar duai bagai ada ko tak nak tanya. ape kes?) perumpamaan malu bertanya sesat jalan boleh diletakkan di sini. LOL!


Dok' aku tercari-cari resepi kan, aku terjumpa lah satu resepi ni. Spaghetti. Ya Allah, spaghetti yang senang macam makan kacang pun aku tak tau buat? malang sungguh! (sebenarnya untuk lagi pro). (-_-)


Spaghetti ni aku jumpa dari sumber,(sila klik) http://www.kakinakl.com/2011/01/resepi-spaghetti-ayam-paprik.html Aku pikir-pikir gak sape nama akak ni then baru aku dapat identify maybe nama akak ni kak ina. tengok menyelerakan lah jugak resepi dia ni. spaghetti paprik ayam. selalu aku dengar orang makan nasi goreng paprik ayam, tak pun nasi putih paprik ayam. Ni ada pulak spaghetti paprik ayam daripada kak ina. sila cuba ye..teehee~



Bahan-bahan
250gm spaghetti,masak mengikut arahan pada paket
400gm dada ayam, di hiris
1 lobak merah, dihiris jalur-jalur nipis
1 biji bawang holland-potong dadu
3 ulas bawang putih-tumbuk/kisar halus
2 tangkai serai, dipenyekkan
5 biji cili api-dipenyekkan
sedikit lada hitam


ada pulak ramuan sos sendiri tau.

Ramuan Sos
10 sudu besar sos tomato* (aku tak tau ape fungsi '*')
2 sudu besar sos cili manis*
2 sudu besar rebusan pati ayam*
1/2 cawan air*
(campurkan ramuan-ramuan sos bersama)
garam dan gula secukupnya
4 sudu besar minyak zaitun
sedikit daun bawang/ketumbar yang telah di hiris untuk hiasan


Cara memasak
1. Rebus spaghetti bersama air sehingga lembut. Toskan dan lumurkan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak zaitun, goreng serai dan cili selama 1 minit.
3. Tambah bawang dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lobak merah ydan kacau selama 2 minit.
5. Kemudian masukkan ramuan-ramuan sos dan masak sehingga mendidih selama 3 minit.
6. Tambah spageti yang telah di masak, tambah garam dan lada hitam secukup rasa
7. Hidangkan dengan segera, hias dengan daun bawang/daun ketumbar yang di hiris.



picture:

boleh cari laman web akak ina sebab aku tengok blog
beliau semua pasal resepi. baik sungguh!
thanks..



Nampak sedap kan? kalau nak tunggu gambar resepi spaghetti ni daripada aku, harap kawan-kawan dapat bersabar la. sebab aku ni jenis kena amik mood kalau nak memasak. (eh2, bukan. aku memang on the way nak belajar. jangan perli-perli aku okeyh!)


sekian...

April 02, 2011

Terserlah kan kecomelan

Selamat sejahtera and Assalamualaikum.



Nampak kan tajuk entri? gedik kan? mesti rasa menyampah yang teramat? confirm tergelak bila baca? atau korang mengiakan? choose any one. haha !


Hari ni memang busy sangat. sebab perlu cari bahan untuk siapkan final project. so, aku and the geng decide untuk memilih library sebagai jalan terbaik untuk mencari bahan. sebab ape korang nak tau? hah, betul!! pandai korang baca firasat orang kan. haha ! meh sini. sebab paling utama ialah Wi-Fi ! al-maklum la sesiapa yang tinggi hajatnya untuk memilih segamat sebagai tempat penginapan, ceh, bukan. sebenarnya tempat untuk menuntut ilmu kena pandai berdikari untuk mencari tempat yang boleh access internet dengan cepat/laju/etc. antaranya ialah Admin and Library. Agak-agak korang rasa nak on Wi-Fi dalam bilik, korang boleh tidur lebih kurang 10 minit cam tu untuk search something. (untuk sesetengah tempat. mostly tak laju sangat). hebat tak aku? kira dah pro la selok belok uitm segamat ni. haha ! tapi ni bukanlah aku nak memburukkan uitm aku. uitm segamat lah aku rasa paling best sebab dalam hutan. then, korang akan rasa tenang je. Monyet-monyet, burung-burung lah kawan baik korang nanti. eh2, monyet dah tak de sekarang. Jangan gelabah sangat lah kan. hehe. Yela, dah tengah-tengah hutan kan. paling penting, duit pun kurang dibelanjakan sebab jarang shopping. haha ! siapa-siapa yang ayah, daddy, mama, mamie nye yang pangkat Datuk Seri, boleh lah sewa kereta go to Melaka untuk lepaskan tension. satu jam lebih dari segamat. Pasti tanpa Ragu.


Weyh, tengok! kan aku dah membebel panjang-panjang. dah nampak sangat lah aku belajar kat uitm segamat bila aku asyik citer pasal segamat je kan. teeheee~ Orite,sebelum tu, aku nak selitkan sekali wish aku untuk adik tersayang sebab hari ni birthday dia. HAPPY BIRTHDAY NANA! AKAK SAYANG NANA SANGAT-SANGAT ! nampak tak betapa teruja ye aku wish kat adik aku? nampak sangat la aku kakak yang penyayang kan? hehe ! (boleh maki kalau mahu)

Ini antara dialog aku ngan adik aku tengah hari tadi:


AKU: nana, hepi bezday tau (sambil nyanyi-nyanyi)


NANA: terima kasih kak long. mana hadiah?


AKU : hehe ! nanti lah (untuk menolak kekecewaan) huu.. belajar cam ne tadi?(tuisyen)


NANA: okeyh je. (pastu off phone)



Lepas tu aku pergi makan then terus go to library. Agak-agak dah lebih kurang 3 4 jam aku and my geng ber'study hard' kat situ. terlahir lah gambar-gambar yang kurang menyenangkan ni. haha!





nampak tak. betul la ni background library aku.



lihat cik wani yang terover sangat ni.












sekadar gambar hiasan..teehee~



sumpah aku suka gambar ni. pelik giler.



the last one gambar ni. comel tak? tak?
okeyh! thanks. haha !



Teruja giler weyh dapat capture gambar dalam laptop! haha..ending? assignment tak siap jugak. sambung dalam bilik. terima kasih. (-_-)