April 06, 2011

Boleh kan kalau jadi Best Best Friend

Salam Sejahtera and Assalamualaikum.


Kadang-kadang aku terpikir, pernah tak ada orang yang tak suka berkawan ngan aku? mungkin sebab aku ni sombong, lupa diri, bajet hot sangat so nak berkawan ngan orang yang hot je, mungkin jugak aku ni pemarah? yeke? suka memilih kawan? hah,confirm la sebab tak kan aku nak berkawan ngan budak-budak liar, erti kata lain yang akan membawa aku kepada kejahatan. tapi yang sebenarnya budak - budak liar tu ada hati dan perasaan. just kalau nak berkawan ngan diorang, kita la yang kena membawa pendekatan yang baik kat deme' kan? tak gitu ke?tak sepatutnya kita pulaukan diorang. So, sekarang ni, aku tak kisah nak berkawan ngan sape asalkan aku pandai jaga diri. kan? kan? teehee..


Kenapa aku bagi tajuk entri cam ni? sebab aku tengah rindu best best friend aku. Bak kata cik fida kita 'second priority'. haha ! mungkin salah jugak ni. mintak maap cik pida kalau saya salah ye. hehe! kenapa aku kata best best friend? kenapa aku tak kata rakan sepermainan ke. kawan biasa ke. sebab bagi aku diorang adalah kawan yang paling best pernah aku ada. gelak sama-sama, malu sama-sama. sapa-sapa yang tengah tension dek banyak sangat kerja kena selesaikan,sila-sila lah join kami sebab korang akan ketawa berdekeh-dekeh jugak. (terlebih over di sini ye). teehee..~


Aku nak introduce best best friend aku kat sini. Tak adil kalau aku sembunyi kan kawan-kawan aku kan. Tuhan anugerahkan aku kawan yang baik untuk dikongsi bersama kawan-kawan yang lain. eceheceh..cam kongsi ilmu pulok ye. haha!mana tau ade sape-sape tersesat tengok blog aku then, secara tetibe nak berkawan pulak. Meh-meh, kami tak marah. hehe!


1- Fida Rosli...........

2- Farahiyah Omar....

3- Shida Zailan....

4- Sazzy Sariff.........

5- Asryn Safika (yg ni kdg2 je) teehee..... =)

6- (geng-geng boys).....



p/s: and pada nama yang tak disebutkan (tak lupa teha) tapi memang selalu jalan-jalan sama-sama ngan aku, boleh serang aku ramai-ramai. (not include tunang sebab of course la aku selalu jalan-jalan ngan beliau. sape? pandai-pandai lah terjah.) tehee. =)



# gambar first. nampak tak orang pakai jam ala-ala pink.
and baju ala-ala pink? tu fida and fara.



#gambar second
nampak tak orang yang pakai anak tudung ungu? tu la fida..



#third picture. nampak lagi tak?
fara yang pakai tudung.
fida yang pakai ank tudung oren tu??



#last picture.
yang kat depan sekali fida. belakang nye fara?


*sekarang korang memahami tak kenapa aku letak nama fida first and fara second?
sebab mana-mana aku pegi, muka budak berdua ni mesti ada. ade la sekali sekala aku tak join diorang ni hangout sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan.
bosan tak ngan deme'-deme' ni?
Teehee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan